TANJONG KARANG : Kemalangan membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori di Batu 9 Tanjung Karang jam 2:30 petang tadi, menyebabkan seorang jururawat meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah dikepala dan badan, manakala mangsa-mangsa lain termasuk pemandu lori yang cedera juga telah dibawa ke Hopital Tanjong Karang dengan menggunakan kenderaan orang ramai dan kenderaan pacuan 4 roda anggota tentera yang kebetulan melalui kawasan kemalangan terbabit..
Menurut maklumat orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku ketika hujan lebat apabila sebuah lori yang datang dari arah Sekinchan menghala ke Kuala Selangor hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah proton iswara yang dipandu oleh jururawat terbabit, turut berada di dalam kereta suami dan anak mangsa berusia lingkungan 4 tahun turut mengalami kecederaan. Manakala sebuah lagi kereta jenis toyota altis yang berada dibelakang proton iswara terbabit juga gagal mengelak menyebabkan ianya terbabas ke bahu jalan,, walau bagaimanapun pemandu Toyota terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sebuah jentera Bomba juga dikejarkan ke tempat kemalangan bagi membersihkan serpihan-serpihan kaca yang bertabur di kawasan kemalangan terbabit. Kemalangan yang berlaku turut menyebabkan keadaan perjalanan trafik dari arah Kuala Selangor menghala ke arah Sekinchan terhenti dan berlaku kesesakan hampir 1 jam. Walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh polis trafik yang mengawal keadaan lalulintas di tempat kemalangan terbabit.