Kemalangan berkalu di persimpangan perumahan Parit 5, Sekinchan, pada jam 10:00 pagi tadi.
Sunday, October 30, 2011
KEMALANGAN DI SEKINCHAN : Vespa Ranggie Dihimpit Kereta
Kemalangan berkalu di persimpangan perumahan Parit 5, Sekinchan, pada jam 10:00 pagi tadi.
Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam
Oleh: zharifjenn
Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddinatau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M.Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanunBarbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean.
Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di Preveza yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan kelengkapan yang lebih canggih.
Friday, October 21, 2011
Maut ketika ingin melihat isteri di hospital kerana kemalangan
Sebelum kemalangan pemandu yang maut itu dipercayai dalam perjalanan untuk melihat isterinya yang berada Hospital Tanjong Karang akibat kemalangan di Parit 7 Sekinchan dan mengalami cedera parah.
Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Toyota yang dipandu laju dari arah Sekinchan ke Tanjong Karang gagal dikawal oleh pemandunya sehingga memasuki laluan yang bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah Tanjong Karang ke Sekinchan. Kemalangan berlaku di Parit 3 Sungai Burong pada pukul 2:00 petang tadi.
Jentera Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan maut itu sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Kemalangan turut menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas hampir 2 kilometer di kedua-dua arah, walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.
Sunday, October 16, 2011
Satu Platun Askar Korea Masuk Islam
Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:
“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.
Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!
Posted @ www.isuhangat.net.
Saturday, October 1, 2011
KEMALANGAN DI BATU DUA KUALA SELANGOR
Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut telah menghubungi pihak bomba dan ambulan serta memberikan bantuan kepada mangsa yang tersepit sementara menunggu bantuan bomba tiba. Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Selangor yang dikejarkan tiba ke lokasi kejadian telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit itu mengambil masa kira-kira tiga puluh minit.
Kesesakan juga berlaku akibat kemalangan itu, walaubagaimanpun telah berjaya dikawal oleh polis trafik dari IPD Kuala Selangor yang sampai ke lokasi bagi mengawal lalulintas.
Dua buah Ambulan dari Hospital Tanjong Karang dikejarkan hampir satu jam untuk sampai ke lokasi kejadian setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan telah membawa mangsa ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
p/s - Agak mengecawakan ambulan dari Hospital Tanjong Karang yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke lokasi kemalangan setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, sedangkan jarak Hospital Tanjong Karang untuk ke lokasi boleh sampai mengambil masa 10 minit ke 15 minit sahaja. Orang-ramai yang berada di lokasi kemalangan juga ramai yang merungut disebabkan kelewatan pihak ambulan yang tiba ke lokasi untuk memberi bantuan. Diharap agar kelewatan seperti ini dapat diatasi pada masa-masa akan datang, kerana ianya melibatkan nyawa pada mangsa yang tercedera.