Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 
Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Friday, May 30, 2008

Britain tarik balik iklan hina Melayu

Kerajaan Britain menarik balik iklan yang disiarkan di laman web Kementerian Pertahanannya yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas yang didedahkan di ruangan Forum Utusan Malaysia baru-baru ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, iklan itu ditarik balik pada 28 Mei lalu.

Menurut Abdul Rahim, kerajaan Britain bertindak demikian selepas Kementerian Luar menegur perkara itu yang turut dibangkitkan dalam Dewan Negara.

''Kerajaan Britain menarik balik iklan itu pada 28 Mei lalu selepas kita menegur tindakan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan diraja bagi kementeriannya pada sidang Dewan Negara semalam.

Isnin lalu, Senator Tan Sri Jins Shamsudin meminta kerajaan menyiasat iklan itu yang menggambarkan Melayu sebagai pengganas.

Menurut Jins, penyiaran iklan tersebut perlu dihentikan segera kerana orang Melayu sebagai penganut agama Islam tidak pernah mempunyai sifat sebagai pengganas seperti yang cuba digambarkan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, Kementerian Luar juga telah mengarahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Britain mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan negara terbabit berhubung perkara itu.

''Selain mendapatkan penjelasan lanjut, kita juga meminta pesuruhjaya kita mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini,'' ujarnya.

Tuesday, May 27, 2008

Iklan Marin UK menghina bangsa Melayu

Inilah video iklan marine UK yang mencetuskan isu dibangkitkan oleh Senator Jins Samsudin di Parlimen, seperti mengangap bangsa Melayu adalah pengganas.

Iklan ini memaparkan seorang lelaki Melayu yang mencabar askar-askar orang putih di permulaan video. Antara kata-kata yang terdengar "Akulah orang paling jahat dalam dunia".

Yang menjadi tanda tanya, siapakah pelakon dan penulis skrip iklan ini?

Jika ofis anda sekat laman youtube, boleh bypass melalui di website proxy list