Oleh : MUNSYHI ABDULLAH, London
BERITA Batalion Pertama Askar Melayu mengawal Istana Buckingham di London telah diberikan siaran yang meluas oleh akhbar dan telivisyen Britain yang dengan sekali gus menggambarkan betapa hubungan Britain-Malaysia sedang melalui proses pemulihan setelah mengalami episod-episod yang menyakitkan orang-orang British terutama kerana dasar Buy British Last.
Sebelumnya pihak Kerajaan British juga telah mengambil kesempatan sempena perayaan 50 tahun Malaysia merdeka untuk menghidupkan kembali kenangan tentang sumbangan veteran perang British ketika Malaya menghadapi ancaman pengganas komunis.Mereka telah dihantar menyertai perbarisan hari ulang tahun kemerdekaan itu.
Usaha memperbaiki hubungan itu mestilah diteruskan di atas fahaman bahawa walaupun Malaysia adalah bekas tanah jajahan British tetapi pihak British mestilah senantiasa mengelakan perbuatan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan rakyat Malaysia sebagai bangsa dan negara yang merdeka.
Kerajaan Malaysia juga seharusnya lebih berhati-hati dalam keghairahan untuk meningkatkan lagi hubungan dengan pihak kerajaan British supaya tidak terasa oleh rakyat bahawa Malaysia masih sebagai tanah jajahan British atau Malaysia sebagai negara yang pro-Britain dan mendewa-dewakan British. Sebarang langkah kerajaan British mestilah dapat dibaca yang tersirat dan tidak hanya yang tersurat.Demikian juga dalam soal Askar Melayu mengawal Istana Buckingham. Tidak seluruh rakyat melihat ini dengan perasaan bangga sebaliknya pejuang-pejuang kemerdekaan dan rakyat Malaysia yang sedar dan mempunyai nilai diri merasa terhina. Ia telah mengembalikan kenangan pahit betapa anggota polis dan tentera kita mengawal rumah rumah `tuan putih' dan ladang-ladang British pada zaman penjajahan British dahulu.
Jika kerajaan British ikhlas dalam hal ini maka mereka sewajarnya membalas budi baik dan perasaan hormat kerajaan Malaysia terhadap Buckingham Palace itu dengan menghantar tentera British atau anggota pasukan pengawal Istana Buckingham (Royal Palace Guard) yang terdiri daripada orang British untuk mengawal pula Istana Negara di Kuala Lumpur sebagai tanda saling hormat menghormati.
Kerajaan British harus menunjukan kesanggupan untuk melakukan ini dan kerajaan Malaysia pula harus memberikan keizinan.Ini akan menjadi satu titik tolak kearah membuka era baru dalam hubungan Malaysia Britain.