Ramai  pengguna Facebook masa kini yang terpaksa membayar RM1 seminggu kerana  mereka menggunakan perkhidmatan tersebut. Tanpa anda sedari Facebook  memerolehi RM4 sebulan hasil daripada kesilapan anda sendiri.
Sebenarnya  ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan ini tetapi mereka tetap juga  di kenakan bayaran RM1 seminggu. Ini kerana kebanyakkan dari kita  menggunakan telepon pintar untuk melayari internet dan Facebook. Jadi  fungsi Facebook SMS ini tidak lagi releven.
Sebagai pengguna  Celcom Prepaid, saya juga tidak terkecuali dari terkena masalah Facebook  SMS ini. Tanpa menggunakan perkhidmatan tersebut, bayaran tetap  dikenakan RM1 seminggu yang dipotong daripada baki prepaid.
Menjadi  masalah bila ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk  mematikan fungsi Racebook SMS ini. Setelah beberapa kali cuba dengan  pelbagai cara tidak juga berasil untuk mematikan fungsi tersebut.
Setelah  beberapa kali mencuba untuk mematikan fungsi tersebut, termasuk mencari  maklumat di Internet, akhirnya saya menemui kaedah dibawa :
Hantar STOP FB ke 32665
Setelah  mencuba kaedah di atas, akhirnya Facebook SMS telah berjaya dimatikan.  Selepas ini saya tidak lagi perlu membayar RM1 seminggu.
Selamat mencuba..
Live Blog Berita & Informasi Terkini
Saturday, November 5, 2011
Mematikan Fungsi Facebook SMS RM1/Seminggu
Labels:
IT
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)


