Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 
Showing posts with label Sex. Show all posts
Showing posts with label Sex. Show all posts

Wednesday, May 21, 2008

10 bergilir ‘ratah’ pelajar

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di negeri ini terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi hamba seks kepada 10 lelaki, termasuk kekasihnya ketika ponteng sekolah selama tiga hari.

Mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol lebih 10 kali oleh semua suspek dalam tempoh terbabit sejak 9 Mei lalu.

Dia dikesan keluarganya, Sabtu lalu, selepas sembilan hari dilaporkan hilang berikutan memencilkan diri di rumah seorang rakannya di Muar, Johor.

Menurut sumber, mangsa terpaksa menceritakan penderitaannya apabila didesak keluarga yang kemudian membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penangkapan sembilan suspek pada hari sama. (sumber - hmetro)

Tuesday, May 20, 2008

Web minah urut

Dengan bayaran antara RM129 hingga RM299 mengikut pakej tertentu, sebilangan gadis tempatan yang digelar ‘minah urut siber’ boleh ditempah melalui laman web.

Siasatan mendapati pelanggan yang kebanyakannya rakyat asing menempah dulu gadis urut terbabit sebelum datang ke negara ini sama ada untuk urusan perniagaan atau melancong.

Gadis terbabit akan menemui pelanggan untuk memberikan khidmat urut di lokasi ditetapkan, biasanya di hotel hingga kediaman peribadi pelanggan seperti dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral memperdagangkan wanita tempatan sebagai tukang urut itu amat menyedihkan berikutan sebilangan besar mereka turut dikesan menyediakan khidmat seks. (sumber - hmetro)