Biadab dan melampau. Perbuatan sindiket judi di bandar raya ini menggunakan kertas bertulisan selawat nabi untuk menyiarkan keputusan nombor ekor seolah-olah mahu mempersendakan kesucian Islam.
Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Azuani Ahmad, 36, berkata tindakan sindiket terbabit bukan saja memperlekehkan selawat nabi, tetapi juga seperti menghalalkan kegiatan perjudian apabila meletakkan kedua-dua keputusan nombor ekor dan selawat nabi di muka surat sama.
Menurutnya, dia menyedari perbuatan sindiket terbabit Selasa lalu apabila kertas itu diedarkan secara bebas sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Tampoi di sini.
Katanya, selawat nabi tidak boleh digunakan untuk tujuan haram termasuk kegiatan perjudian.

“Awalnya saya dan beberapa rakan beranggapan kertas yang diedarkan itu risalah biasa bagi promosi jualan barangan. Ini berikutan kertas itu diedarkan secara percuma kira-kira jam 8 malam termasuk penduduk Islam.Dia berkata, perbuatan itu bukan saja boleh memesong dan mencemuh selawat nabi, malah menimbulkan pandangan serong di kalangan pelancong khususnya orang Islam.
“Mereka dipercayai mengambil kesempatan mengedarkan kertas judi itu di lokasi berkenaan kerana berhampiran sebuah kedai judi. Namun, kami tidak menjangka ia memaparkan keputusan nombor ekor.
“Kami tambah terkejut apabila kertas itu terkandung selawat menyampaikan hajat kepada Nabi,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Katanya, selawat nabi tidak boleh digunakan untuk tujuan haram termasuk kegiatan perjudian.
“Selawat menjadi permohonan kepada Allah supaya memberikan keutamaan kepada doa dan dengan berselawat, kita boleh mendapat pelbagai manfaat.Sementara itu, jurucakap JAJ berkata, selawat adalah kemuliaan terhadap Nabi dan sewajarnya digunakan secara bersesuaian.
“Sebaliknya, penggunaan selawat di kertas judi adalah dosa besar dan menunjukkan perbuatan orang cetek pengetahuan agama. Diharapkan Jabatan Agama Johor (JAJ) mengambil tindakan tegas terhadap sindiket nombor ekor berkenaan,” katanya
“Kalau ia terkandung pada kertas nombor ekor, itu bermakna masyarakat tidak menghormati Islam dan mengambil ringan kepentingan selawat berkenaan.
“Kami akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sesuai bagi menghentikan perbuatan terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam. - MyMetro
No comments:
Post a Comment