Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, December 28, 2008

Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.
“Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise di Alor Gajah, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.
Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.

No comments: