p/s - Utk link asal boleh check kat [sini]
Thursday, July 30, 2009
Imam Mahadi Dari Pandangan Ibnu Khaldun
Beliau dilahirkan di Tunisia, seorang penghafaz al-Quran dan arif dalam bidang astronomi, sosiologi, neurologi, kimia, politik dan pelbagai lagi bidang yang berkaitan dengan sosial dan sains
Dalam buku beliau yang agak terkenal juga, iaitu Al-Muqaddimah, beliau menolak persoalan tentang Imam Mahadi dan mempertikaikan kewujudan Imam tersebut.
Beliau berpendapat bahawa, kebanyakan hadis-hadis yang diriwayatkan adalah hadis yang tidak boleh dipercayai dan ditolak kebenarannya oleh sebilangan perawi hadis.
“Kebanyakan hadis yang ditemui, yang menyatakan tentang pemimpin agama itu memang sudah tersebar luas. Mereka telah membincangkannya secara terperinci sekali, (cuma sayangnya mereka) mengambilnya melalui rawi-rawi yang tidak dapat dipertanggungjawabkan dan ditolak periwayatannya dalam kebanyakan hadis.”Selain itu beliau juga menolak dan mempertikaikan kewujudan Imam Mahadi berdasarkan alasan bahawa di dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim tidak pernah pun menyebut nama Imam Mahadi atau laian-lain jenis nama yang boleh dikaitkan dengan imam ini.
Dalam buku beliau, iaitu Al-Muqaddimah, beliau juga ada menyatakan bahawa Imam Mahadi ini cuma satu propaganda sebilangan optimis yang sudah kehilangan pengaruh.
“Kebenaran yang mesti diketahui oleh seseorang ialah tiada tokoh agama atau politik yang boleh benar-benar berjaya, melainkan tokoh dan kumpulan itu merasakan wujudnya sokongan kepada cita-cita agama dan politik, dan mempertahankannya daripada orang-orang yang menolaknya. Kami telah menyebutkannya sebelum ini dengan bukti-bukti yang tepat.”Menurut beliau lagi, kebanyakan mereka ini telah menjadi Arab Badwi dan mereka sekarang sudah mula berpecah, hingga ada di antara mereka telah mendiami beberapa kawasan kecil dan terpencil.
Sambungnya lagi, “Kumpulan yang merasakan sedemikian adalah dari kalangan anak-anak Fatimah dan Bani Abu Talib, iaitu dari kalangan kaum Quraisy, yang sudah tiada lagi di mana-mana pun. Pengecualian cuma diberikan kepada sisa-sia keturunan Abu Talib - Hassani, Hussaini dan Jaafariah - di Hijjaz, di Makkah, al-Yanbu’ dan Madinah. Mereka sekarang sudah berpecah ke serata kawasan dan cuba menguasainya.”
“Mereka mendiami dan memerintah di tempat-tempat terpencil dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang jauh menyeleweng. Bilangan mereka cuma mencecah beberapa ribu orang sahaja.”Beliau kemudiannya membuat kesimpulan, bahawa semua ini, iaitu isu mengenai Imam Mahadi, adalah suatu usaha sebilangan pihak yang mahu mencetuskan propaganda demi kepentingan kumpulannya.
“Jika benarlah yang Mahadi itu akan zahir, inilah satu-satunya cara propaganda untuki membuatkannya benar-benar zahir. Dia mestilah salah seorang dari mereka, dan Allah mestilah menyatukan mereka untuk menjadi pengikutnya, sehingga dia mempunyai cukup kekuatan dan kumpulan pengikut untuk menambahkan kejayaannya, sekali gus menggerakkan rakyat menyokongnya.”Ibnu Khaldun mengakhiri kembara hidupnya di pejabat beliau sendiri di ketika beliau memegang jawatan sebagai hakim di Mesir. Beliau telah melalui pengalaman hidup yang beraneka warna, suka dan duka. Mengembara dari tempat lahirnya Tunisia, hingga ke Granada di Andalusia.
Sumbangan beliau dalam bidang sains dan sosial serta agama kepada umat Islam amatlah tidak ternilai. Dan bukunya Al-Muqaddimah adalah salah satu dari sumbangannya dalam pembangunan-pembangunan tersebut.
*Pertama kali tersiar di arahKiri Online edisi Ogos 2003 dengan menggunakan nama Ibnu Umar, kemudian disiarkan pula di Majalah Al-Islam pada tahun yang sama.
Sumber dari - PerakExpress
Sunday, July 26, 2009
Pendrive 256 GB Pertama Di Dunia !!!
Kingston Technology Europe announced the launch of the world's first 256GB USB flash drive, the DataTraveler 300.
"The DataTraveler 300 will enable users to carry huge volumes of data with them everywhere they go – up to 365 CDs for example," said Kirsty Miller, product marketing manager – consumer, Kingston Technology Europe.
It is built to order only; customers who wish to purchase the drive can place an order with resellers and e-tailers.
Specifications:
Capacity: 256 GB
Speed: Data transfer rates of up to 20 MB/sec read and 10 MB/sec write
Includes Password Traveler security software for Windows
Does not require administrator rights to access the privacy zone
Dimensions: 2.78" x 0.67" x 0.87" (70.68 mm x 16.90 mm x 21.99 mm)
Operating temperature: 0 to 60 degree Celsius
Storage temperature: -20 to 85 degree Celsius
Enhanced for Windows ReadyBoost on Vista-based systems
p/s - ada brani.????
Yasmin Ahmad meninggal dunia
Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ. [selanjutnya..]
.jpg)


