Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, July 3, 2009

Air Mineral Merbahaya? - Malaysiakini

Sudah lama orang bertanya tentang air mineral yang didakwa mengandungi air holy water. Berbagai kisah yang dipaparkan untuk meyakinkan dakwaan itu. Ada yang lengkap beri nama produk seperti Al-Mansur, Al-Mubarakah, Al-Barakah, Bestari dan bermacam lagi. Apa pendirian kita? Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".

Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".

Dalam hal ini bukan hanya air mineral tapi banyak lagi benda yang meragukan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang perlu dihindarkan. Ini termasuk produk-produk yang jelas tertera logo halal tetapi sering dipertikaikan statusnya. Apa lagi dalam keadaan hari ini dimana industri halal tidak diurus oleh orang yang kenal dosa dan pahala tetapi orang yang hanya tahu menghitung untung rugi semata...

Hadis diatas jelas menyuruh kita meninggalkan apa saja yang meragukan kerana ia termasuk dalam kategori samar atau "syubhat" yang boleh membawa kepada hukum haram. Oleh itu jika kita ragu dengan sesuatu minuman atau makanan atau apa saja, maka elakkanlah. Banyak lagi pilihan minuman dan makanan lain yang ada di pasaran. Berusahalah mendapatkan yang terbaik untuk keluarga kerana usaha mendapatkan yang terbaik itu adalah jihad. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Mencari yang halal itu adalah satu kefarduan..."

Dalam Islam kita dianjurkan melakukan sesuatu atas dasar yakin tanpa sebarang keraguan. Keraguan akan menimbulkan "was-was" yang mebuka pintu iblis dan syaitan untuk merosakkan ibadah kita. Dalam surah an-Nas Allah berfirman merintahkan kita berlindung dengan Nya dari gangguan al-waswasil khannas yang ditiupkan dalam hati manusia oleh Jin dan Manusia...

Was-was akan mengganggu hati dan hati yang was-was akan mengganggu ibadah. Ibadah jadi tidak khusyuk malah boleh menyebabkan seseorang itu malas melakukannya. Berusahalah kita mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga moga hati terus sentiasa bersih sebagai persiapan menemui Allah...

Salam hormat.
http://drbadrulamin.blogspot.com

Doa untuk jauhi wabak H1N1 - Malaysiakini



Mari sebarkan..

Wednesday, July 1, 2009

Kisah kelebihan Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W - Malaysiakini

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah - Malaysiakini

Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan. [..selanjutnya]

Lagi artikel/berita berkaitan :
Dua siswa UM dibebas hari ini
Tiga lagi siswa UM dicari polis
Video Rosmah: Polis siasat Badrul

Sunday, June 28, 2009

Rumpai laut jadi projek impak tinggi - Malaysiakini

SEMPORNA : Industri rumpai laut akan dijadikan projek berimpak tinggi di Sabah sebagai salah satu langkah kerajaan menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup nelayan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Beliau berkata, kawasan seluas 102,000 hektar di Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Sandakan sudah dikenal pasti bagi projek berkenaan.

Sebagai permulaan, katanya, seramai 220 peserta akan dipilih untuk menyertai projek tersebut yang akan dimulakan tidak lama lagi.
"Kita melihat rumpai laut ini mendapat pasaran yang cukup baik di dalam negara kita. Harganya juga cukup lumayan, permintaannya lebih daripada penawaran dan masih kurang saingan.

"Sebab itu, kita mahu jadikan rumpai laut ini projek berimpak tinggi untuk memberi pendapatan baru kepada nelayan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan ahli persatuan nelayan kawasan Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau di sini semalam.
Noh berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan melalui Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sabah khususnya dari segi penyediaan tapak.
"Seperti yang kita sedia maklum, hak kelulusan tanah serta memberikan lot-lot untuk usahawan membangunkan kawasan ini adalah dalam bidang kuasa negeri. Peruntukan kita akan berikan," katanya.
Noh berkata, melalui kerjasama yang baik antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan, usaha menjadikan industri rumpai laut sebagai projek berimpak tinggi di Sabah akan dapat direalisasikan.

Mengenai permintaan pengusaha rumpai laut sedia ada di Sabah yang memohon supaya turut dibekalkan diesel dan petrol bersubsidi, Noh berkata tiada halangan kerana penanam rumpai laut juga mengusahakan sumber laut. - Bernama