Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, January 8, 2009

Sekatan ekonomi ke atas Israel - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sekatan ekonomi dikenakan ke atas Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri menegaskan, usaha perlu dilakukan segera untuk menghalau tentera Israel dari Genting Gaza.

Wednesday, January 7, 2009

Pasukan perubatan PBSM ke Kaherah - Malaysiakini

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) akan menghantar pasukan perubatan ke Kaherah, Mesir, Jumaat ini, bagi menyokong Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS) menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan Israel di Genting Gaza.

Pasukan terbut, terdiri daripada tiga doktor yang diketuai Dr. Yahya Abd. Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang pegawai bantuan dan logistik, akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada malam Jumaat ini.

Pengerusi PBSM, Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman berkata, pasukan itu akan berada di Rafah selama dua minggu sementara pasukan seterusnya akan dihantar jika diperlukan.
“Dari Kaherah, mereka akan menggunakan pengangkutan darat ke Rafah (laluan sempadan Mesir-Gaza) di mana mereka akan bekerjasama rapat dengan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tabung Bantuan Antarabangsa PBSM hari ini.
Tunku Shahriman berkata, PBSM telah menderma AS$10,000 (RM34,635) kepada akaun khas PRCS bagi menyahut rayuan kecemasan bernilai AS$6.8 juta (RM23.5 juta) bagi menangani penderitaan rakyat Palestin berikutan kekejaman Israel yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 660 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 2,950 orang.

Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA” - Malaysiakini

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
  • Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
  • Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
  • Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Israel gunakan Bom Napalm serang Gaza. - Malaysiakini

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.


Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006. - Palestinkini

Sidang khas Parlimen Isnin ini menbincangkan konflik Israel-Palestin - Malaysiakini

mStar | Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk mengadakan sidang khas Parlimen, yang akan diadakan Isnin depan bagi membincangkan situasi di Gaza.

Di Kuala Terengganu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditanya sama akan meminta lagi kerajaan supaya diadakan sidang khas Parlimen, berkata:
"Kalau kerajaan mempertimbangkan boleh walaupun pada tahap ini, lebih baik kerajaan, bukan setakat buat kenytataan, mengambil inisiatif lebih mendalam."
Sebelum ini, kata beliau, pembangkang ada meminta diadakan sidang khas Parlimen.