Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, January 3, 2009

18SXG : Pesta 'Seks' 2009@KL ? Wow !!! - Malaysiakini

Ini bukan maklumat sahih !!
*Berita ini masih belum di’sahkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

Sumber RockyBru menyatakan penyampai berita yang terlibat dengan tangkapan malam tahun baru kelmarin adalah Ms.FR yang di’percayai merujuk kepada Farahrizan Abdul Razak yang bertugas di Astro Awani. Dalam tulisan terbaru beliau juga menyebut seorang lagi selebriti yang terlibat adalah seorang pelakon lelaki (bukan aktress) yang membintangi drama bersiri Gerak Khas. Norman Hakim lagi’kah? Atau pengganti baru beliau?
Namun, seperti kata Rocky Bru, betulkah aktiviti dalam bilik hotel tersebut merupakan pesta seks? 24 orang dalam satu bilik terlalu crowded bukan? Setakat boleh senggol-senggol dan himpit menghimpit boleh la kut, tapi lagi padat lagi sedap berhimpit. Wow! Himpit 'bumper' sedap woooo ! Kena plak 'bumper' macam kat atas tu..'selebret terus non stop cakap lu..! Hampeh !!!
Seorang penyampai berita tv swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara, di sini, awal pagi tadi.

Operasi jam 3.30 pagi yang diketuai Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu turut mendapati pembaca berita wanita dan pelakon itu positif dadah.

Mahani berkata serbuan di sebuah bilik di tingkat 11 itu turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras. Baca berita lanjut di Berita Harian Online. Siapa ya pembaca berita & pelakon wanita berkenaan?

UPDATE: Buletin Utama melaporkan pembaca berita yang ditahan adalah dari stesen TV berbayar.

sumber dari - politikbanjar

Blog Hina Nabi Aktif Lagi?????? - Malaysiakini

Tindakan blogger celaka ini seperti mencabar dan memperlekehkan Polis, kedaulatan Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tidak memperhiraukan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang menjadi masyarakat majoriti.

Walau bagaimana pun , umat Islam Malaysia harus lebih berhati-hati dengan cucukan jarum ini.

Kita boleh Flag sebanyak mana pun. Blogger-blogger, forumer Muslim tidak akan jemu mewar-warkan benda ini tetapi di harap pihak berkuasa mestilah mengambil tindakan yang Tegas.

Blog baru celaka ni ialah http://adibahahmed.blogspot.com

Jangan jemu, mari kita FLAG blog tersebut.

Di harap para blogger jangan merahsiakan cara hide navbar buat sementara ini.
Mari berjihad di alam cyber!
sumber dari - isuhangat

Thursday, January 1, 2009

Berhati-hati limau mandarin.? - Malaysiakini

Hari Raya Cina dah dekat, maka akan berlambak-lambaklah limau mandarin di pusat beli belah dengan pelbagai harga dan pelbagai rasa yang dibeli bukan bangsa Cina sahaja. Orang Melayu, India pun beli juga kerana rasanya yang sedap dan murah.

Tetapi untuk tahun ini berhati jika anda hendak membeli limau mandarin takut terbeli limau mandarin berulat! Di negara China telah menghapuskan beribu tan buah limau mandarin tetapi dikuatiri ada juga peniaga yang mengambil kesempatan.
sumber dari - isuhangat

Wednesday, December 31, 2008

Ada lagi blog yang menghina.?

Setakat ini kita sudah berjaya mengwar warkan isu blog hina nabi iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/ hingga terpaksa ditutup..

Sekarang kita juga diberitahu oleh sahabat sahabat BPN kita tentang blog yang dianggap sesat seperti di list bawah ini.

1. http://sufitauhidwahdat.blogspot.com/
2. http://tokbatinsenoi.blogspot.com/

sumber dari - penembaktepat

Penerbitan kandungan ganas dan tidak sopan akan diambil tindakan - Malaysiakini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menerbitkan kandungan ganas dan tidak sopan mengenai kaum dan agama.

Mana-mana perlakuan yang melanggari undang-undang Malaysia secara dunia offline juga mengandungi kesalahan dalam dunia online, termasuk Internet.

Suruhanjaya itu juga menggesa ibu bapa dan penjaga memantau penggunaan Internet oleh budak-budak dan remaja agar mereka tidak dipengaruhi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MCMC juga mengingatkan pengguna tapak rangkaian sosial Internet berhati-hati mengenai jenis maklumat mereka pilih untuk disiar atau diterbitkan secara dalam talian kerana individu mungkin menggunakan maklumat ini terhadap mereka pada masa akan datang.
“MCMC sangat bimbang dengan insiden tidak bertanggungjawab dan beretika menggunakan Internet, khasnya ulasan dalam blog. Internet adalah alat berpengaruh untuk pembangunan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebilanagn kecil mereka yang tidak bertanggungjawab dan individu yang tidak beretika,” katanya.
Ia menyatakan MCMC sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dalam penyiasatan.