Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 30, 2012

Dua parah dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Batu Lima Sungai Tunggul, Tanjong Karang.

TANJONG KARANG, 30 Okt - Dua cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan, kereta Produa Kancil, sebuah lori kecil dan Toyota Hilux. Kemalangan berlaku ketika hujan lebat di Batu Lima Sungai Tunggul, Tanjong Karang, jalan  Teluk Intan - Klang, pada jam 4 petang tadi.

Mangsa yang parah adalah pemandu kereta Produa Kancil yang tersepit dan seorang lagi mangsa adalah kelendan lori.

Mangsa yang tersepit iaitu pemandu Produa Kancil yang berasal dari Kampung Tengah Sungai Tengi Kiri, Tanjong Karang, telah berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Tanjong Karang yang tiba di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan lanjut. Manakala pemandu lori dan Toyota Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca kejadian tidak diketahui.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kesesakan trafik hampir satu kilometer dari kedua-dua arah. Walaubagaimanapun trafik bergerak lancar semula, apabila berjaya dikawal oleh Poils Trafik yang tiba di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas.

Monday, October 1, 2012

BENARKAH DI KEBANYAKAN HOSPITAL TIADA DOS PENAWAR BISA ULAR.?

Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun terpaksa dibuang sebahagian daging yang rosak di bahagian betis kaki kanannya di Hospital Sungai Buloh akibat dipatuk ular dipercayai ular tedung.

Sebelum itu, kanak-kanak ini telah dibawa oleh ibu bapanya bagi mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang setelah dipatuk ular ketika bermain di sekitar rumahnya di Parit 4 Sungai Burong.

Menurut cerita dari penduduk di situ, setelah bertarung nyawa hampir 4 jam kanak-kanak tersebut terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima suntikan anti venom untuk menawar bisa ular tersebut, berikutan ketiadaan bekalan dos penawar itu di Hospital Tanjong Karang.

Apa yang difahamkan ubat anti venom adalah sejenis vaksin antidote (penawar racun) kepada toksin ular dan ianya perlu diberikan segera kepada mangsa yang dipatuk ular berbisa seperti ular tedung, ular kapak, ular ketam tebu, ular orok-orok dan ular tedung selar. Dan jika terlewat member ubat tersebut kemungkinan mangsa akan mati, mengalami gangren (kerosakan tisu) dan pembekuan darah.

Jika benar penawar bisa ular tersebut dalam kawalan dan hanya diletakkan di hospital tertentu sahaja. Namun, kepentingan ia ditempatkan di hospital-hospital daerah juga seharusnya diberi perhatian dan keutamaan, terutama di kawasan luar bandar yang kawasan sekitar penduduknya adalah petani dan peladang. Walaupun tidak berlaku setiap hari, tetapi risiko untuk berlaku kejadian seperti ini adalah amat tinggi.

Jesteru diharapkan agar pihak Kementerian Kesihatan serta pihak-pihak yang berkaitan dapat memberikan perhatian dan pertimbangan cadangan ini bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

Saturday, August 4, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 5) - Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir Ramadhan

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:


Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud: ”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Memperbanyak doa.
Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

PENGUMUMAN.!!! Kadar Zakat Fitrah 2012/ 1433H Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Kadar zakat fitrah 2012/ 1433H negeri-negeri di seluruh Malaysia telah pun ditetapkan. Kadar zakat fitrah 2012 kali ini tak jauh berbeza dengan kadar zakat fitrah 2011 lalu.

Jom kita terjah kadar zakat fitrah 2011/ 1432H mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia :-


  • Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kepada yang ingin membuat bayaran zakat fitrah boleh dibuat di masjid dan surau di seluruh negeri termasuk di kompleks beli-belah yang turut menyediakan Amil Zakat.

Untuk mereka yang mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya pastikan anda jangan lupa membuat pembayaran nanti ya.

Yang pasti jumlah kutipan zakat fitrah ini nanti akan disalurkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban mereka terutamanya untuk menyambut kehadiran Aidilfitri ini nanti...

Tuesday, July 31, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 4) - Bismillah 6 dan 7 penawar ilmu sihir atau buatan orang

Assalamualaikum guys... Aku rasa dalam tahun nih banyak sangat filem kita lahirkan cerita berunsur kurafat seperti santau, jampi, buatan orang dan percaya pada jin dan syaitan. Jika mudah untuk kita percaya pada perkara2 ini bermakna badan kita juga mudah untuk didekati mahkluk2 halus.

Amalkan bacaan BISMILLAH 7 ini untuk melindungi diri dari terkena ilmu2 sihir atau buatan orang. Syaitan dan jin itu memang ada sentiasa untuk menghancurkan manusia. Itu janji mereka..


Bacakan Bismillah 6 atau 7 sebanyak sebelas kali antara waktu pagi dan petang. Sebaiknya hafalkan bismillah ini untuk kebaikkan dan pendinding diri. (gambar bismillah di atas adalah bismillah 6 dan di baca sambungnya pada bismillah 7 di bawah ini..


sambung baca bismillah 7

Nota
Manusia sekarang terlalu taksub pada kurafat2 seperti percaya pada bomoh, dukun, tangkal dan sebagainya. Paling teruk sekali bila meminta bantuan dengan orang yang bukan beragama ISLAM. Tidakkah itu menyeru kepada syaitan dan jin membantu mereka. Jangan sekali2 percaya pada bomoh. Mintalah bantuan kepada Allah SWT kerana DIA lebih TAHU dan MAHA MENJADIKAN...

P.S. - Perbanyakkan membaca ayat 3 QUL dan Ayat Kursi semasa bersendirian dan amalkan sebagai amalan2 harian.. InsyaAllah DIA akan melindungi hamba-Nya dari syaitan laknatullah..