Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, August 3, 2010

Gambar-Gambar Di Tempat Kejadian Bekas Adun Permatang dan Pembantunya Mati Kena Tembakan

KM455-7
Lebuhraya Plus arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010 11 pagi

















Bekas ADUN Permatang Serta Pembantu Wanita Mati Ditembak

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati ditembak di dalam sebuah kereta.

Kereta putih yang dinaiki mereka ditemui tersadai di tepi pembahagi jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Buluh pagi tadi. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini... biarlah polis siasat dahulu," katanya.

Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Allahyarham juga, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Sementara itu, anaknya Anis Abdul Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. - mStar

MAYAT bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Nor, 63, diusung anggota polis selepas ditemui ditembak mati bersama pembantu peribadinya dalam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.


LAGI BERITA BERKAITAN
Mangsa Mungkin Tembak Pasangan Sebelum Tembak
Diri Sendiri Dalam Kes Kematian Bekas ADUN
Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat
Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama Naib Ketua Wanita UMNO
Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat di sini pagi ini akibat
tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri. [...]


Abdul Aziz Anak Didik Yang Berdedikasi: Abu Hassan
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor,
Datuk Abdul Aziz Mohd Noh yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh hari ini,
disifatkan oleh bekas ketuanya sebagai seorang yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Friday, July 30, 2010

Pelajar Maut Motosikal Rempuh Kereta - Tanjung Karang

TANJUNG KARANG - Seorang penunggang motosikal merupakan seorang pelajar maut setelah merempuh sebuah kereta ketika melintas dipersimpangan Lorong Kenanga, Kampung Dato' Manan, Tanjong Karang kira-kira pada jam 5:00 petang tadi.

Menurut sumber orang ramai yang berada ditempat kejadian pelajar terbabit tidak memberhentikan motosikal yang ditungganginya terlebih dahulu apabila sampai dipersimpangan, sebaliknya pelajar terbabit terus sahaja melintas menyebabkan motosikal gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta jenis Produa Kelisa yang kebetulan melalui jalan utama di persimpangan tersebut. Kejadian menyebabkan penunggang maut, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keadaan kereta Produa Kancil yang baru sahaja ditarik keluar dari parit kecil menggunakan kereta penunda setelah dirempuh oleh motosikal terbabit.

Keadaan motosikal yang hancur pada bahagian hadapan kerana merempuh sebuah kereta menyebabkan penunggangnya maut.

Sunday, June 20, 2010

Hikmah 7 Ayat

Menurut Tafsir Hanafi, barangsiapa menghafal Tujuh Kalimah dan jika diamalkan dalam kehidupan seharian, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih-buih di lautan.
  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah menyebut perkataan yang tidak elok.
  4. Mengucap Insya' Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini.
  6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.
Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat..mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.

Monday, May 24, 2010

Berwaspada..! HIV tak Sengaja

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati …. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati … .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman…jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling….. ……… ……… …….. …..mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.
Ini adalah nyawa anda. Sila ‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…

DrMuhd Hishamuddin b Abdul Halim
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .