Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, June 10, 2015

NOH RAYU KEMENTERIAN PENDIDIKAN BINA KAMPUS UITM DI SELANGOR

Pembatalan projek tersebut sepatutnya tidak berlaku jika Kerajaan PKR Negeri Selangor tidak `merampas’ pembinaannya serta bijak untuk membezakan di antara kepentingan politik atau masa hadapan rakyat di negeri ini.
OLEH : AHMAD NAIM MUSTAKIM | 9 JUN 2015

SHAH ALAM - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengakui beliau masih terkilan sehingga ke hari ini apabila pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Serendah gagal direalisasikan.

Beliau berkata, pembatalan projek tersebut sepatutnya tidak berlaku jika Kerajaan PKR Negeri Selangor tidak `merampas’ pembinaannya serta bijak untuk membezakan di antara kepentingan politik atau masa hadapan rakyat di negeri ini.

Ujarnya, kampus tersebut yang mengikut cadangan asalnya dibina pada tahun 2009 itu sepatutnya sudah tersergam indah, sekaligus memberi pelbagai manfaat jangka pendek dan jangka panjang kepada penduduk di Serendah, baik dari segi ekonomi mahupun sosial.

“Sukar untuk gambarkan kenapa kampus UiTM di Serendah ini tidak dibenarkan untuk dibina. Perasaan saya terkilan pun ada, sedih pun ada. Duit, tanah semuanya Kerajaan Persekutuan sediakan. Namun, PKR Selangor membuat keputusan tidak bijak apabila menolak projek pembinaan kampus UiTM di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah.

“Keputusan itu merugikan penduduk di kawasan terlibat dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Jasin, Melaka apabila Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membina kampus di negeri itu setelah cadangan asal ditolak oleh Kerajaan Selangor.

“Cadangan ini merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak positif pada kawasan di sekitarnya,” ujarnya ketika ditemui Selangorpost di lobi Dewan Rakyat di sini, semalam.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor, berkata niat Kerajaan Persekutuan adalah baik, iaitu untuk membantu anak di negeri ini untuk mendapat peluang pendidikan.

“Kerajaan BN ikhlas berkhidmat serta berbakti. Walaupun negeri ini ditadbir oleh PKR, tetapi kita tetap mahu buat juga UiTM. Ia buktikan BN tahu yang mana satu politik dan yang mana satu khidmat untuk rakyat,” ujarnya.

Terdahlu, Noh ketika berucap dalam Dewan Rakyat merayu supaya Kementerian Pendidikan menukar status kampus UiTM di Puncak Alam kepada kampus cawangan negeri Selangor.

“Di negeri Sabah, Sarawak serta di negeri Perlis yang kecil itu pun ada kampus cawangan UiTM. Namun, kita di Selangor yang gah ini tiada pun kampus cawangan UiTM. Saya minta Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cadangan ini.

“Kampus UiTM di Puncak Alam sudah siap. Mujur ia dibina ketika BN mentadbir, kalau sekarang kita cadang hendak bina, sudah pasti Kerajaan PKR Negeri Selangor akan gagalkan pembinaannya, ” katanya.

Cadangan membina kampus cawangan UiTM Serendah terpaksa dibatalkan Kerajaan Persekutuan setelah mendapat bantahan dari Kerajaan Negeri Selangor meminta YBK menyelesaikan hutang cukai tanah.

Sehubungan dengan itu, pembinaan kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka yang dibina di atas tanah seluas 218 ekar dengan menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang.

Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik.
Sumber : http://selangorpost.com/?p=4331

1 comment:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI