Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, June 10, 2015

NOH ‘KULIAHKAN’ PEMBANGKANG MENGENAI SISTEM PILIHAN RAYA

OLEH : YUSOF SAKIMAN | 9 JUN 2015

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang dilihat sempat memberikan ‘kuliah’ kepada perwakilan pembangkang ketika sesi Dewan Rakyat semalam mengenai sistem pilihan raya di negara ini.

Noh ketika menjawab Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) mengingatkan semula pakatan pembangkang akan tindakan mereka menghasut rakyat dengan memberikan kefahaman yang songsang terhadap rakyat terhadap perjalanan sistem tersebut.

Menurutnya, pihak pembangkang sebelum ini sengaja memburuk-burukkan sistem pilihan raya dengan pelbagai tohmahan kepada pihak-pihak tertentu khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus, tidak adil dan sebagainya.

“Siapa yang cemarkan nama baik SPR kalau tidak pembangkang. Pada pilihan raya umum lalu, pembangkang menuduh kononnya 40,000 Bangladesh sebagai pengundi, hari ini diam pula.

“Nasib baik Ketua Pembangkang (Wan Azizah) menang di Permatang Pauh (pilihan raya kecil Parlimen). Kalau tidak demonstrasi tidak habis-habis lagi,” tegas Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Tambahan itu, Noh turut meneruskan lagi ‘kuliah’nya kepada pembangkang yang dilihat hipokrit terhadap sistem pilihan raya di Malaysia disebalik dakwaan mereka yang memperoleh undi popular pada pilihan raya umum yang lalu.

“Di United Kingdom (UK), pilihan raya negara diadakan Mei lalu kita Parti Konservatif telah menang dengan 330 kerusi iaitu lebih 5 kerusi manakala undi populariti pada kadar 36.9 peratus.

“Tetapi kita tidak lihat pula pembangkang di negara itu buat demonstrasi seperti pembangkang di Malaysia ini yang tidak bertamadun, buat perhimpunan Blackout 505 dan sebagainya.

“Sebab di UK mereka faham bahawa habis pilihan raya, habislah…kita kena berjuang untuk bangunkan negara,” tegasnya yang merujuk sistem pilihan raya Malaysia adalah sama dengan UK yang menggunakan Sistem Majoriti Mudah (Simple Majority System).
Sumber : http://selangorpost.com/?p=4329

No comments: