Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, May 5, 2015

KEPUTUSAN TERKINI / RASMI #PRK PARLIMEN ROMPIN PAHANG

Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Pahang yang diadakan pada Selasa 5.5.2015

Calon PRK Parlimen Rompin Parti Jumlah Undi
Datuk Hasan Arifin Barisan Nasional (BN) 23,796
Nazri Ahmad PAS 14,901
Undi Rosak 591

Pemenang PRK Parlimen Rompin Pahang 2015 Parti Majoriti
Datuk Hasan Arifin BN 8,895

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pengumuman di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli pada Selasa sekitar jam 10.25 malam.

Sebanyak 38 pusat mengundi telah dibuka bagi proses pembuangan undi di mana jumlah keseluruhan peti undi termasuk undi pos ialah 120 dan jumlah undi ditolak ialah 591.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Menurut SPR, sebanyak 73 peratus pengundi daripada 53,294 pengundi di kawasan itu telah keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Allahyarham Jamaluddin yang memperoleh 30,040 undi menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 14,926 undi.


No comments: