Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 4, 2015

PM Najib tiba di lokasi helikopter terhempas

SEMENYIH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di lokasi helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih, jam 9.45 malam.

Helikopter itu yang dalam penerbangan dari Pekan ke Subang, terhempas di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Ketika kejadian, petang itu, helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang.

Semua mangsa disahkan terkorban dalam kejadian itu. Bagaimanapun, identiti mereka belum dapat disahkan.

Seorang saksi mendakwa melihat helikopter itu meletup di udara sebelum terhempas.

No comments: