Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 4, 2015

Macam ni pun ade.??? kumpulan tipu GST

KUALA LUMPUR, 3 APR - Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menasihatkan peniaga-peniaga kecil di Lembah Klang supaya berwaspada dengan kumpulan menyamar sebagai pihak berkuasa, yang cuba menipu mereka berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, beberapa peniaga yang mengadu mengenai penipuan itu, mendakwa kumpulan berkenaan memeriksa akaun mereka dan menyatakan mereka mengenakan GST berlebihan terhadap pelanggan.

Menurutnya ada juga peniaga, yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka untuk GST yang dilaksanakan pada 1 April lepas, ditipu oleh kumpulan itu.

"Peniaga dipaksa membayar sejumlah wang sebagai dorongan tidak mengemukakan laporan kepada kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sin Woon berkata, kumpulan itu menyamar sebagai anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pegawai penguat kuasa yang memantau pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga-peniaga kecil supaya segera membuat laporan polis dan memberitahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), jika mereka didatangi kumpulan itu. - Bernama

No comments: