Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, April 27, 2015

Lesen kontraktor gred G1 dibuka Mei

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pendaftaran itu terbuka kepada pemohon yang memiliki kemahiran atau kepakaran khusus dalam sektor pembinaan.
KUCHING, 26 APR - Kementerian Kerja Raya akan membuka pendaftaran lesen kontraktor gred G1 kepada pemohon yang memiliki kemahiran atau kepakaran khusus dalam sektor pembinaan mulai Mei ini, kata Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet yang lalu dengan mensyaratkan pemohon memiliki pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan, syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pemohon berumur 21 hingga 40 tahun.


"Selain itu pemohon juga perlu memiliki kelulusan daripada institut pengajian tinggi awam atau swasta serta institut latihan perindustrian. Ini bermakna kontraktor gred G1 ini perlu ada sijil kecekapan dalam bidang-bidang pengkhususan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak bersempena mesyuarat agung kali ke-16, di sini malam tadi.

No comments: