Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, April 22, 2015

Demo anti salib tiada kaitan dengan UMNO - NOH OMAR

SHAH ALAM, 21 APR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan protes anti salib di Taman Medan Ahad lalu tiada kaitan dengan UMNO walaupun peserta bantahan itu terdiri daripada ahli parti berkenaan.

Katanya, hal ini kerana ia dianjurkan atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada hubung kait dengannya.

“Perkara itu (demo) tidak ada kaitan dengan UMNO, apa kena-mengena dengan UMNO, mengapa mesti kaitkan dengan UMNO?

“Ada juga ahli UMNO yang jadi ahli PERKASA, ada yang jadi ahli persatuan penduduk, awak kena tengok mereka bertindak atas kapasti apa,” katanya ketika ditemui dalam sesi lawatan ke Hospital Shah Alam, Selasa.

Terdahulu, sekumpulan pihak yang mendakwa mereka penduduk Taman Medan, PJ berdemo agar lambang salib yang berada pada gereja diturunkan atas alasan mencabar umat Islam di kawasan berkenaan.

Noh yang juga merupakan ahli parlimen Tanjung Karang bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik nama NGO yang diwakili oleh peserta berkenaan.

Tegasnya lagi, tiada sebarang tindakan akan dikenakan kerana peserta bantahan tersebut tidak menggunakan sepanduk yang mengaitkan demo itu dengan UMNO.
Sumber : http://www.bnbbc.my/?p=44801

No comments: