Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 26, 2015

DATUK SERI NOH BERKHIDMAT DENGAN TIGA PERDANA MENTERI

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pernah berkhidmat dengan tiga orang Perdana Menteri iaitu bermula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.
TANJONG KARANG – Semalam genap 20 tahun Datuk Seri Noh Omar berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Memetik status beliau dalam Facebook, Noh berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak membantu.

“Terima kasih atas ucapan sempena 20 tahun saya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang. Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu saya sejak mula dipilih menjadi Ahli Parlimen pada 25 April 1995. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa dan bakti rakan-rakan semua. Terima kasih pengundi-pengundi Tanjong Karang atas kepercayaan kepada saya,” katanya.

Karier politik Noh bermula sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1995 apabila memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan raya umum tahun tersebut.

Pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pelajaran pada 2004.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan sebelum diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2008.

Selepas PRU13, beliau diberi tanggjugjawab sebagai Pengerusi Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, satu jawatan bertaraf menteri.

Menariknya, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pernah berkhidmat dengan tiga orang Perdana Menteri iaitu bermula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Karier politik saya sudah sampai ke kemuncaknya dan berpengalaman berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri. InsyaALLAH dengan pengalaman yang ada, saya dengan kerjasama pemimpin dan ahli UMNO Selangor sedang menyusun strategi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Selangor pada PRU14 nanti,” katanya.

No comments: