Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, March 25, 2015

SEKOLAH ULUL ALBAB WAJAR DIPERLUAS KEPADA PELAJAR TAHFIZ- NOH OMAR

KUALA LUMPUR, 22 MAC - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mengusulkan agar kerajaan memperluaskan konsep sekolah agama Ulul Albab bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhrawi.

Beliau berkata, setakat ini ada tiga sekolah Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan tiga lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang menekankan pendidikan agama Islam tetapi pada masa yang sama mempelajari subjek sains dan teknologi.

“Dengan adanya sekolah Ulul Albab ini kita akan melahirkan melahirkan modal insan yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan profesional ulama yang mempunyai asas agama yang mantap,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidika, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan berkata, dasar menjadikan pendidikan Islam sebagai konsep pendidikan sepanjang hayat akan diteruskan menerusi pembukaan Kolej Komuniti Islam selain kolej komuniti sedia ada yang disepadukan.

Beliau dipetik sebagai berkata, kerajaan juga komited untuk mewujudkan sekolah Ulul Albab dengan permulaan di empat sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan Terengganu sebelum modulnya dilaksanakan di setiap negeri mulai bulan depan.

Sementara itu Noh berkata, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada pelajar tahfiz terutama di sekolah pondok deng n memberikan mereka kursus kemahiran agar mereka memiliki kemahiran multi-tasking selepas tamat belajar kelak.

“Lepasan Tahfiz mampu menjana pendapatan sendiri hasil daripada kursus-kursus jangka panjang atau pendek seperti yang diwujudkan di Politeknik, Giat Mara ataupun Kolej Komuniti. Sekarang wujud pelajar-pelajar yang mengutip derma dengan alas an untuk perbelanjaan Tahfiz dan sebagainya,” katanya.
Sumber : http://selangorpost.com/?p=89

No comments: