Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, March 19, 2015

GST tetap dilaksanakan 1 April 2015

KUALA LUMPUR, 18 MAC - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015, seperti yang diluluskan di Parlimen dan tidak berhasrat untuk menangguhkan tarikh pelaksanaannya.

Mengikut Kementerian Kewangan, hingga semalam sebanyak 353,372 syarikat berdaftar di bawah GST, dan ini menunjukkan perniagaan pada umumnya menyokong dan bersedia untuk pelaksanaan GST di Malaysia.

"Sebarang penangguhan juga akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia kerana pelaksanaan GST adalah satu langkah pengukuhan fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara," kata kementerian dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempelbagaikan sumber hasil kewangan dan tidak hanya bergantung kepada hasil komoditi seperti petroleum dan kelapa sawit.

"Sekiranya negara ingin terus kukuh dari segi pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pada masa hadapan, maka GST mesti dilaksanakan," katanya.

Di samping itu, katanya, tahap kesedaran dan kefahaman GST dalam kalangan rakyat Malaysia sudah meningkat hasil daripada usaha yang dijalankan secara intensif melalui kempen dan program kesedaran GST membabitkan pelbagai medium komunikasi.

Kempen itu bertujuan, antara lain, memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat mengenai GST.

Kerajaan juga sudah melaksanakan pelbagai program latihan dan bimbingan kepada syarikat yang akan dikenakan GST.

Bagaimanapun, kata Kementerian Kewangan, ada segelintir pihak tertentu yang sengaja mensensasikan dan memutar belit pelaksanaan GST tanpa menyedari layanan yang ditetapkan oleh Kerajaan sebenarnya telah mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan rakyat.

"Berdasarkan kepada pengalaman di negara-negara lain yang telah melaksanakan GST/VAT, memang akan terdapat masalah dan isu peralihan pada peringkat permulaan pelaksanaan dan Malaysia juga tidak akan terkecuali," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa sebarang isu pelaksanaan yang timbul akan ditangani secara komprehensif dan berterusan oleh kerajaan.

Kerajaan juga akan terus melaksanakan program latihan kepada peniaga dan program kesedaran GST kepada pengguna, serta bersedia untuk mengadakan dialog dan rundingan dengan sektor swasta bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan, kata kementerian itu lagi. - BERNAMA

1 comment:

KATIMAN SURABAYA said...

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D