Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 7, 2014

Umno terkilan pesta arak dibenarkan

TANJONG KARANG, 6 OKTOBER - Umno Selangor melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

"Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

"Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan...Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak: Jangan biar kemungkaran berleluasa]

Beliau berkata, Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Terdahulu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyertai penduduk kawasan parlimen itu melaksanakan ibadah korban membabitkan 23 ekor lembu sempena Aidiladha semalam. - Bernama

Wednesday, October 1, 2014

UMNO SELANGOR BACUL?? NOH OMAR ADA TIGA BINI?? TAPI..........

SEBENARNYA malas nak bukak cerita pasal pemimpin UMNO ni. Bukan sebab dah muak! Bukan sebab dah mual! Tapi dah banyak sangat fitnah yang dilemparkan kepada mereka.....

Baru-baru ni timbul lagi cerita lama pasal Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar yang dilihat kononnya menjadi liabiliti kepada kepimpinan negeri.

Hanya disebabkan Azmin Ali jadi Menteri Besar masing-masing dah gelabah beruk. Katanya UMNO Selangor mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan terkini politik Selangor tanpa ada apa-apa tindakan drastik yang dilakukan oleh pengerusinya.

Orang cakap kalau nak menang biar ada strategi.

Orang cakap kalau nak menang bukan hanya pandai cakap.

Orang cakap kalau nak menang Selangor balik kena lebihkan kerja, kurangkan bercakap.

Aku pulak cakap.......Tak kan Noh Omar langsung tak risau pasal negeri kelahirannya sendiri.

Ada pulak sebar cerita kononnya Noh Omar ni kahwin 3. Katanya masa retreat di Langkawi Noh Omar dok bercerita pasal kisahnya bersama isteri ke-3 nya diranjang. Apa ke hal nak cerita dalam kelambu ni....

Ikut dari sumber yang aku dapat, Noh Omar baru ada 2 bini. Mana pulak datangnya yang ketiga?

Lagi satu, sekalipun Noh Omar nak kahwin 3 apa masalahnya? Dah dia mampu....

Sedangkan Hasnol Baharudin, Adun Morib yang sokong DAP pun ada 3 bini...

Hadi Awang yang orang panggil Tok Guru pun ada 3 bini...

Mat Sabu yang dipuja wanita......banyak bini sebab dia syiah...boleh kahwin mutaah...

Noh Omar juga yang jadi mangsa....

Sindrom SEMUA SALAH UMNO dah meresap dalam orang UMNO sendiri....

Nak bercakap pasal strategi.... Tak kan lah strategi UMNO Selangor nak dihebahkan kat semua orang.. Tak kan lah semua cerita nak dikabokan kat orang ramai... Mamposlah macam tu!

#GERAK_DAULAT
Dalam titah Sultan Selangor baru-baru ini, Sultan ada mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang menyokong baginda Sultan dalam menyelesaikan konflik politik Selangor untuk memilih MB Selangor yang baru.

Sultan akhirnya memilih Azmin sebagai pengganti Khalid dengan beberapa syarat yang WAJIB dipatuhi antaranya parti politik harus patuh pada pihak Istana kerana pemimpin politik silih berganti, tapi Sultan akan tetap ditakhtanya sehingga akhir hayat baginda.

Siapa punya kerja Gerak Daulat ni???

Siapa lagi yang boleh gerakkan hampir seluruh rakyat Selangor supaya mendokong titah dan keputusan Sultan Selangor kalau bukan rakyat Selangor sendiri.

Anak jati Selangor turut turun menyokong Sultan walau berlainan parti sebab mereka semua sedar Sultan punyai kuasa mutlak dalam negeri Selangor.

Ini semua kerja UMNO Selangor!!!

Ini semua idea Noh Omar yang korang dok fitnah pelbagai tu!!!

Sebelum ini memang UMNO bagi semua himpunan dikendalikan oleh NGO's. Apa yang segelintir NGO ini dah buat sedangkan sudah diberi peluang dan peranan untuk gerakkan sokongan terhadap Sultan. Tapi apa hasilnya?

Berbanding UMNO yang lebih kemas dan teratur dalam menggerakkan jentera dan rakyat Selangor untuk mendukung titah Tuanku Sultan.

Aku jugak tahu, korang risau apa lagi Noh Omar nak buat kat Selangor ni... Jangan risau... Masih banyak lagi perancangan untuk merampas kembali negeri Selangor...

Apa yang penting, UMNO Selangor bukan tidur berdengkur.....

Banyak lagi sebenarnya perancangan UMNO Selangor ni... Tapi seperti yang aku cakapkanlah... Tak kan semua perancangan nak dikabokan kat umum... Ye dok?

Renung-renungkan. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Sumber - jawaber6