Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 13, 2014

Semangat yang hilang

Johor Bahru, 13 Sept : Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diwakili bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato' Onn, Tebrau, di sini, berikutan tertekan dengan penangguhan peperiksaan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Nur Syazwana Batrisya diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36.

Hadir sama menemani kedua-dua beranak itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya, Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee. 

Abdul Aziz berkata, dia juga mewakili ibu bapa yang tertekan akibat penangguhan berkenaan.

"Anak saya hilang semangat dan tidak mahu menduduki UPSR selepas kejadian berkenaan. Saya dan isteri terpaksa memujuknya," katanya.

Laporan polis berkenaan juga bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab supaya ia tidak berulang. - myMetro


No comments: