Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 6, 2014

'Jangan jadi macai'

GOMBAK, 5 Sept : "Jangan jadi macai", itu gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menggesa pelajar universiti supaya membuka minda mereka dan jangan terlalu taksub dengan mengikut sesuka hati telunjuk sesuatu pihak tanpa berdasarkan fakta.

"Pemikiran perlu dibuka dan jangan terlalu taksub atau mengikut sahaja rentak rakan ke arah perkara yang negatif sehingga menyebabkan diri sendiri gagal membuat pendirian," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Kemerdekaan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pagi tadi.

Beliau menambah, maka disebabkan itulah universiti berperanan sebagai tempat untuk pelajar berdikari dengan membuat pendirian sendiri dalam semua perkara.

"Bukanlah bermaksud disini semua perkara hendak ditentang dan dilawan tetapi gunakanlah minda dalam membuat pendirian yang betul tanpa dipengaruhi oleh orang lain," katanya lagi.

Ketika diminta mengulas berkenaan kenyataannya selepas majlis itu, Khairy memberitahu pemberita bahawa ramai generasi sekarang terutama pelajar universiti suka 'menelan bulat-bulat' apa yang mereka baca atau dengar tanpa mengkajinya dengan fakta yang betul.

"Saya risau melihat ramai belia sekarang yang suka 'telan bulat-bulat' sesuatu isu yang apa sahaja yang dibaca dan didengar tanpa membuat sebarang usul periksa seperti meneliti atau mengkaji isu itu terlebih dahulu dengan fakta yang betul," kata Khairy.

Beliau menyarankan kepada pelajar universiti agar memeriksa dan mengkaji setiap perkara terlebih dahulu sebelum membuat apa jua keputusan atau sebarang pendirian dan barulah mereka dianggap bebas daripada segi pemikiran. - hmetro

No comments: