Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, August 29, 2014

Waspada ideologi 'si kitol' moden

KUALA SELANGOR, 28 Ogos - Golongan muda khususnya anak penduduk yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dinasihatkan jangan terlalu taksub dan terpedaya ideologi pluralisme yang dibawa si kitol moden demi kepentingan peribadi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, golongan muda sering menjadi sasaran ideologi halus dimainkan si kitol moden ini yang berperanan sebagai pengkhianat sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesannya terhadap negara, bangsa dan agama.

Menurutnya, jika orang tua dahulu sanggup bergadai nyawa dan harta benda demi mencapai kemerdekaan tetapi orang muda kini dilihat sanggup menggadaikan maruah demi memuaskan perjuangan peribadi.

"Mereka yang sanggup gadai maruah ini punya agenda peribadi yang lebih penting daripada kepentingan negara sehingga sanggup jadi tali barut dan si kitol moden, inilah watak yang membahayakan masa depan negara.

"Kita jangan ingat perjuangan kemerdekaan ini sudah selesai, sebenarnya kita masih belum merdeka sepenuhnya dan perjuangan ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi penghayatan merdeka itu belum cukup mendalam.

"Sebab itu saya sokong sepenuhnya mata pelajaran Sejarah wajib lulus supaya anak penduduk diterapkan fakta sejarah supaya mereka tak mudah terpedaya," katanya dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor, semalam.

Beliau hadir bersama isteri, Datin Profesor Dr Aishah Salleh sempena Majlis Perasmian di Ambang Kemerdekaan 2014, Penyampaian Alat Tulis Peperiksaan 2014, Dermasiswa Bakti dan Wang Pendahuluan PTPTN Parlimen Tanjong Karang.

Hadir sama, Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak, Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri Zon Tengah, Zulkifli Ansari; Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mt Safien Kassim dan Guru Besar SK Kuala Selangor, Abdul Rahman Marhaban.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, pihaknya turut mengingatkan anak penduduk di Parlimen Tanjong Karang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT supaya sentiasa ingat akan jasa ibu bapa.

"Jangan sesekali jadi anak derhaka dan lupa jasa ibu bapa selepas berjaya kerana hidup kita tanpa restu orang tua memang tak berkat. Hargai jasa mereka sementara masih ada di dunia ini.

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman, berkat doa ibu bapalah saya boleh berjaya seperti sekarang. Sebab itu saya selalu ingatkan anak penduduk supaya jangan lupakan pengorbanan keluarga," katanya. - SinarHarian

Thursday, August 28, 2014

Perhimpunan solidariti kepada Sultan Selangor Sabtu ini

SHAH ALAM: Sebuah badan gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan perhimpunan rakyat pada Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Perhimpunan rakyat yang diberi nama 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' itu akan diadakan selama dua jam mulai 3 petang di Padang Sultan Sulaiman (Padang Kota Raja), Klang, dan segenap lapisan rakyat diminta menyatakan sokongan mereka dengan menghadiri acara itu.

Antara NGO yang menyertai gabungan itu yang digelar Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Pengerusi ARAS, Abdul Rahim Abdul Wahab, berkata perhimpunan itu bertujuan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih rakyat Selangor atas kebijaksanaan baginda menangani isu semasa di negeri itu.

"Ia juga diadakan bagi memberitahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa majoriti rakyat Selangor sangat berpuas hati dengan cara pentadbiran yang dipraktikkan oleh beliau dan memohon supaya diteruskan budaya ini selagi mana dikehendaki Sultan Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 2,000 rakyat Selangor pada majlis yang akan diisi dengan program seperti pertunjukan kebudayaan, pentomin yang mengisahkan situasi yang berlaku di negeri itu ketika ini dan pidato.

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Wilayah Persekutuan, Nasiruddin Mohamad, pula meminta agar rakan-rakan seperjuangannya dalam pasukan keselamatan itu turut menyertai perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sultan Selangor.

"Kita berharap rakan-rakan bersama-sama mendaulatkan Selangor yang mana kita mempunyai Sultan yang sedang menangani masalah serta isu dalam kerajaan negeri," katanya.

Pada Selasa lepas, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan, seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, PKR dan DAP berkata mereka tetap akan mencadangkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. - BERNAMA

3 September tarikh akhir hantar nama calon MB

SHAH ALAM - Tarikh akhir bagi parti-parti dalam PR untuk menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar kepada pihak Istana Selangor boleh dibuat selewat-lewatnya 3 September hadapan.

Perkara itu dinyatakan menerusi surat makluman rasmi istana bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta salinannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Abdul Munir Bani antara lain berbunyi, "Sultan Selangor juga menitahkan agar calon-calon yang dicadangkan perlulah mematuhi Perkara LI (2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, iaitu calon menteri besar itu perlulah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam".

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga penggantinya ditentukan. - SinarHarian

Wednesday, August 27, 2014

Konvoi Kayuhan Rimup Merdeka Raya 2014 Tanjong Karang

Konvoi Program Kayuhan Rimup Merdeka Raya Bersama Pemimpin 2014 bermula dari Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan Tanjong Karang, semalam.

Tuesday, August 26, 2014

TERKINI.!!!Abdul Khalid letak jawatan MB Selangor

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu.