Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 30, 2013

TERKINI.!!! CALON N.09 PERMATANG YAHYA SAHRI DIKHIANATI ABANG SENDIRI???

Mohd Yahya Mat Sahri atau lebih dikenali sebagai Yahya Sahri Calon N.09 Permatang (PKR) amat terkejut apabila mengetahui sebuah Cawangan UMNO Penaja Pekan Ijok baru ditubuhkan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Noh Omar bersama beberapa kepimpinan masyarakat di Pekan Ijok.

Sebenarnya perkara yang mengejutkan Yahya Sahri bukanlah penubuhan cawangan tersebut tetapi siapa yang menubuhkan cawangan tersebut.

Orang yang bertanggungjawab menubuhkan Cawangan Penaja UMNO itu adalah abang kandungnya sendiri iaitu Dr. Ramlan Mat Sahri yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi penaja bagi cawangan yang baru ditubuhkan itu.

Dr. Ramlan Mat Sahri berkata, penyertaan mereka ke dalam UMNO adalah kehendak sendiri ekoran tidak lagi yakin kepada pakatan pembangkang yang telah membawa banyak masalah kepada rakyat khususnya di kawasan Ijok.

Beliau yang juga bekas ahli PKR dan merupakan abang kepada calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, Mohd. Yahya Sahri, turut menyifatkan pakatan pembangkang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

Walaupun Yahya Sahri bertanding di kawasan lain tetapi tempias daripada tindakan abang kandungnya itu telah membuatkan pengundi di kawasan yang dia bertanding mula ragu dengan perjuangan yang dibawa olehnya.

Yahya Sahri dilihat sanggup memperjudikan nasib rakyat hanya kerana gila untuk berkuasa dan tamakkan wang ringgit.

"Peduli apa dengan nasib rakyat asalkan asalkan aku boleh buat apa saja dan aku boleh beli apa saja yang aku mahu", mungkin itu katanya dalam hati tanpa memperdulikan nasib dan musibah yang bakal melanda anak bangsa apabila dia menggadaikan maruah bangsanya itu.

Dr. Ramlan yang juga ahli PKR satu masa dulu kini sudah sedar dan kembali membawa obor perjuangan anak bangsa di kawasan Ijok dan sanggup menubuhkan cawangan demi perjuangan menumbangkan kerajaan Pakatan Haram yang zalim di Selangor.

Tahniah buat Dr. Mazlan kerana sedar dari mimpi dan Takziah buat Yahya Sahri kerana sanggup membodohkan diri memperjuangkan seorang gay untuk menjadi Perdana Menteri. [SUMBER]
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

PR Nak Turunkan Harga Minyak.??? Kerajaan Sudah Lama Buat Laaa.!!!

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) menurunkan harga minyak petrol dan diesel sebenarnya sudah lama dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk kepentingan golongan nelayan dan petani.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, perlaksanaan penurunan harga minyak diesel daripada RM1.80 seliter kepada RM1.25 seliter sudah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu untuk dimanfaatkan lebih 60,000 nelayan, sebaliknya PR masih gagal mengemukakan kadar pengurangan harga minyak yang dijanjikan mereka.

Sehubungan itu, Noh Omar mencabar Pakatan Rakyat(PR) mendedahkan harga baru bagi minyak petrol dan diesel seliter yang bakal diturunkan mereka sebagaimana terkandung dalam janji manifesto pakatan itu.

"Saya cabar mereka nyatakan harga baru petrol yang diturunkan supaya saya boleh buat 'kira-kira' sama ada janji yang sering dilaung-laungkan pemimpin PR relevan atau sekadar menipu rakyat.

"Kalau setakat umum hendak turun sahaja, Kementerian Pertanian das Asas Tani sudah lama turunkan harga minyak kepada RM0.55 sen seliter,"katanya pada sidang media pada majlis ramah mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan penduduk Tanjung Piandang, Bagan Serai, semalam.

Turut hadir calon BN Parlimen Parit Buntar, Mu'ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin, calon BN Dun Kuala Kurau, Mohd Salleh Md Disa dan calon BN Dun Titi Serong, Abu Bakar Md Ali.

Noh berkata, dengan kadar penurunan subsidi atau harga minyak diesel RM0.55 seliter kepada 60,000 nelayan di negara ini, kementeriannya menanggung perbelanjaan subsidi terbabit berjumlah RM600 juta sebelum ini untuk membantu meringankan beban golongan itu.

Menurutnya, angka itu sahaja sudah cukup besar untuk ditampung kerajaan dan pihaknya tidak melihat kemampuan PR membiayai kos pengurangan subsidi harga minyak untuk dinikmati oleh keseluruhan 28 juta rakyat negara ini.

"Pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.55 sen seliter untuk kegunaan 60,000 nelayan sahaja sudah menelan belanja RM600 juta.

"Sekiranya subsidi minyak diberikan kepada 28 juta rakyat Malaysia, kira berapa banyak kos pengurangan subsidi yang PR kena bayar dan semua ini membuktikan dakwaan manifesto PR membankrapkan negara adalah benar,"katanya.

Noh turut menggesa rakyat negara ini menolak PR yang sekadar pandai berjanji, berbanding kerajaan BN yang sentiasa menepati janji dalam memenuhi keperluan rakyat.

"Tahun lalu sahaja, sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan kementerian saya untuk membantu meningkatkan taraf hidup petani dan nelayan termasuk di Parlimen Parit Buntar.

"Justeru, saya harap rakyat membalas semula budi kerajaan BN dengan terus mengekalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin utama kita,"katanya.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'