Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 21, 2013

MENJELANG PRU KE-13 - Majlis Perlancaran Dan Pengenalan Calon Serta Jentera PRU13 Barisan Nasional

BN PILIHAN KAMI... Datuk Seri Noh Omar menghadiri 'Majlis Pelancaran Dan Pengenalan Calon Serta Jentera PRU13 Barisan Nasional' bagi Parlimen Tanjong Karang yang akan ditandinginya, DUN Sungai Burong mengekalkan Datuk Mohd. Samsudin Lias dan calon DUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang telah berlangsung di Batu 4 Sungai Terap, Tanjong Karang di sini, pada Khamis yang lepas (18/4/2013).

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran 6,000 masyarakat pelbagai kaum di kawasan Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

MENJELANG PRU KE-13 - Sorakan gemuruh walau tak fahami bahasa Cina, Tamil

BN PILIHAN KAMI... Majlis pengenalan calon Parlimen Tanjong Karang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Sungai Burong dengan sorakan penyokong apabila Ketua MCA dan MIC bahagian menyampaikan ucapan yang telah berlangsung di Batu 4 Sungai Terap, Tanjong Karang, pada Khamis petang yang lepas (18/4/2013).

Manakan tidak, kedua-dua pemimpin setempat itu, Phua Boon Chon dan N.S Krishan memilih untuk berucap menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pengundi kaum Cina dan India yang hadir memahami ucapan mereka.

Majoriti penyokong Melayu bagaimanapun tetap memberi sorokan gemuruh kepada ucapan bersemangat itu biarpun mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'