Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, April 11, 2013

Jangan Jadi Batu Api, Utamakan Kemenangan BN

SHAH ALAM, 11 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengingatkan pemimpin akar umbi dan penyokong BN di negeri ini agar tidak menyemarakkan api ‘ketua’ masing-masing sekiranya tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) 5 Mei nanti.

Ujarnya, semua ahli BN perlu memfokuskan kepada kemenangan BN di Selangor, bukannya kejayaan ‘ketua’ mereka dicalonkan dalam PRU13.

“Saya merayu kepada pemimpin akar umbi, sekiranya ada ‘bos’ masing-masing tidak dicalonkan, kita harap jangan dicurahkan minyak, tetapi nasihatkan supaya keadaan ini reda.

“Kalau jentera BN berjalan baik di bawah satu pasukan, saya yakin penuh BN akan menang,” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed di sini Rabu.

Beliau mengakui mungkin akan ada penyokong yang kecewa sekiranya ‘ketua’ mereka tidak dicalonkan tetapi mereka mesti memberikan kata-kata positif demi kemenangan BN termasuk tidak memburukkan calon BN yang bakal bertanding.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak begitu banyak perubahan berlaku terutamanya sokongan kepada BN malah beliau tidak menafikan semua pihak terlibat.

“Setiap pemimpin BN di Selangor terlibat secara langsung untuk membangunkan semula BN di Selangor tetapi kita sedia maklum pemimpin yang layak, hebat dan banyak berkorban ini ramai tetapi yang jadi calon amat terhad.

“Ada kawasan perlu seorang sahaja calon tetapi ramai yang layak. Kerana itu saya minta jangan mempertikaikan calon yang dipilih dan jangan lihat calon, tetapi lambang BN kerana kita adakan pilihan raya untuk menubuhkan kerajaan (mengembalikan kuasa BN di Selangor),” katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau dan Mohd Zin mengadakan perjumpaan santai bersama 380 JKKKP seluruh Selangor serta memberikan taklimat mengenai isu semasa dan taklimat mengenai manifesto PRU13.

“Semua mahukan perubahan, untuk menjayakan harapan ini maka jentera pilihan raya ini mesti bekerja sebagai satu pasukan,salah satu caranya kita mesti menerima siapa juga calon. Kita tidak boleh nafikan dalam tempoh lima tahu kita lemah, lesu dan hilang kuasa, bukannya mudah untuk kita bangunkan semula semangat ini,” katanya.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

TERIMA KASIH BN... Datuk Seri Noh Ziarah Pesakit Di Hospital Tanjong Karang

BERJIWA RAKYAT... Datuk Seri Noh Omar melawat dan menziarahi Pn Rozita Bt Md Din yang juga salah seorang ahli yang aktif dalam Skuad Sayang Wanita UMNO Parlimen Tanjong Karang kerana mengidap penyakit kaki yang serius di Hospital Tanjong Karang, pada 5/4/2013 JUMAAT petang yang lepas.

Datuk Seri Noh yang juga pemimpin tertnggi UMNO/Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang itu, turut berkesempatan melawat dan bertanya khabar setiap pesakit yang berada di hospital itu serta menyampaikan sumbangan keperluan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga mereka.

Turut sama dalam sessi lawatan dan ziarah itu, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang dan juga semua ahli Skuad Sayang UMNO Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

WALKABOUT - PDM Batu 7 & PDM Bagan Pasir, Tanjong Karang.

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL... Walkabout Datuk Seri Noh Omar.. melawat, ziarah dan beramah mesra warga emas dan pesakit terlantar di rumah serta menyampaikan sumbangan keperluan dapur bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka di tujuh buah rumah sekitar PDM Batu 7 dan PDM Bagan Pasir, Tanjong Karang, pada 5/4/2013 JUMAAT petang yang lepas.

Datuk Seri Noh, yang juga pemimpin tertinggi UMNO/Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang, turut berkesempatan singgah ke Bilik Gerakan UMNO Cawangan Bagan Pasir, bagi meninjau persediaan yang telah dibuat di bilik gerakan itu dalam menghadapi PRU-13 yang akan datang.  Beliau juga berkesempatan bertemu dengan orang ramai yang berada di situ bagi bertanya khabar dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Turut sama dalam siri Walkabout pada petang itu, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Tanjong Karang serta beberapa kepimpinan UMNO dan wakil komponen Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Datuk Seri Noh Omar menjadi ketua pasukan Veteran Tg karang Vs Skuad XSelangor

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT... Datuk Seri Noh Omar menjadi pemain hadapan dan juga menjadi ketua pasukan Veteran Tg Karang ketika perlawanan persahabatan  menentang Skuad XSelangor yang diadakan di Padang PLKP Sungai Kajang, Tanjong Karang, pada 31/3/2013 AHAD petang yang lalu.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, lapan biji bola yang ditandatangan oleh Datuk Seri Noh sebagai cenderahati telah diberikan kepada penonton bertuah yang datang menyaksikan perlawanan pada hari itu.

Turut hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang dan kepimpinan UMNO serta wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'