Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 7, 2013

NOH OMAR BERSAMA 3000 MASYARAKAT INDIA DI TANAMARAM

MESRA PEMIMPIN... YB Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, bersama lebih 3000 masyarakat India di Majlis Ramah Mesra Komuniti anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berlangsung di kg Tanamaram, Tanjong Karang di sini, pada 30/3/2013 Sabtu malam yang lepas.

"Semenjak negara Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib, telah banyak perubahan yang dibuat untuk dinikmati oleh rakyat" Dato Seri Noh, yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.

Turut bersama pada majlis yang berlangsung, YB Sulaiman Abdul Razak, Adun Permatang, Datuk M. Krisnan, Ketua Bahagian MIC Tanjong Karang, Datuk Nik Ali Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM, Dato' Habibah Yusof, ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang dan Ketua Puteri UMNO Tanjong Karang serta Skuad Sayang Wanita UMNO Tanjong Karang.
"KAMI MENDENGAR.. YAKINI BN.!!!"

MAJLIS RAMAH MESRA YB DATUK SERI NOH BERSAMA RAKAN-RAKAN FACEBOOK

MESRA PEMIMPIN... YB Datuk Seri noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama facebooker pada 'Majlis Ramah Mesra YB Datuk Seri Noh Omar Bersama Rakan_Rakan Facebook' yang diadakan di Grand Ballroom Hotel D'Palma, Kuala Selangor, pada 30/3/2013 Sabtu yang lalu.

Turut hadir sama pada majlis itu, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang, Utz Khir Ramli, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tanjong Karang dan Pn. Salbiah Saari, Ketua Puteri UMNO Tanjong Karang serta kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong Karang.
"KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!"