Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, January 6, 2013

BERITA PANAS.!!! Rakyat Selangor terus jadi mangsa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat

TANJONG KARANG, 4 JAN - Barisan Nasional (BN) mengecam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor kerana dilihat gagal melaksanakan pentadbiran yang baik selain berterusan menyusahkan rakyat di negeri ini.

Terbaharu, BN negeri menerima aduan daripada 193 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya, di sini yang mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan negeri dalam soal pemberian geran tanah.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua mereka yang terlibat itu merupakan penerima tanah daripada kerajaan negeri yang mana permohonan mereka telah diluluskan ketika pentadbiran Selangor di bawah BN sebelum ini melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 80.9 hektar.

Katanya, tanah berstatus pertanian itu sebelum ini dipohon oleh penduduk kampung terbabit untuk menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit.

Menurutnya, penduduk yang terlibat telah pun memohon untuk mendapatkan geran tanah masing-masing pada 2004, malangnya sehingga hari ini tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka.

"Penduduk kampung yang terlibat ini juga membayar premium tanah mereka sejak 2008 kepada kerajaan negeri.

"Soalnya kenapa sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran tanah mereka. Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN atau pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya ketika mengadakan lawatan ke Kampung Seri Tiram Jaya di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan keadaan itu berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri menguruskan pentadbiran selain lebih mengutamakan soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Sementara itu, seorang pemilik tanah di kawasan terbabit, Mohd. Tahrir Mustar, 59, ketika ditemui menyatakan rasa kesalnya terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak berusaha menyelesaikan masalah dihadapi mereka sejak sekian lama.

Katanya, permohonan tanah itu adalah berdasarkan peraturan kerajaan negeri dengan pembayaran premium tanah RM356 bagi setiap 0.4 hektar telah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor.

"Kegagalan kerajaan negeri mengeluarkan geran memberi kesan kepada kami untuk mengusahakan aktiviti pertanian.

"Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukanlah tinggi. Kami harap kerajaan negeri dapat memahami masalah dihadapi kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh menyatakan isu tanah penduduk Kampung Seri Tiram Jaya itu merupakan sebahagian daripada rintihan rakyat di negeri ini ekoran sikap kerajaan negeri yang dilihat seperti suka 'bermain kuasa' untuk kepentingan politik semata-mata.

Keadaan itu katanya, sama seperti isu bekalan air bersih yang dihadapi rakyat negeri ini apabila kerajaan negeri sering kali menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan masalah dihadapi.

Tegasnya, beliau difahamkan, kerajaan negeri menerima peruntukan kira-kira RM300 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek mitigasi bagi menangani masalah bekalan air bersih di negeri ini.

"Bagaimanapun, masalah bekalan air bersih ini tidak juga dapat diselesaikan. Malah, apabila berlaku masalah tersebut, kerajaan negeri seperti biasa menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada gangguan bekalan air bersih dihadapi.

"Apakah kerajaan negeri merasakan tindakan tuding-menuding jari ini akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Selangor," katanya.

Warna-Warni Sambutan Tahun Baru 2013 Barisan Nasional Tanjong Karang

TANJONG KARANG - "Semoga hidup kita lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini..." Ucapan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, sempena 'Sambutan Malam Tahun Baru 2013' anjuran Barisan Nasional Tanjong Karang yang berlangsung di Dataran Astaka Tanjong Karang di sini, pada hari Rabu malam yang lalu.

Kira-kira lebih 2 ribu warga Parlimen Tanjong Karang yang hadir pada sambutan itu bagi meraikannya bersama-sama pemimpin mereka.

Pada sambutan itu, orang ramai berpeluang mendegar sessi ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui tayangan skrin dan beberapa persembahan daripada pelbagai kaum turut menghiburkan orang ramai,sementara menunggu pertunjukan bunga api pada detik 12 malam sebagai simbolik sambutan malam tahun baru.

Turut hadir Adun Permatang, YB Tn. Hj. Sulaiman Abdul Razak, wakil-wakil kepimpinan parti komponen Barisan Nasional Tanjong Karang dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<

HANGAT.!!! KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ENDURANCE 1 MALAYSIA DI TANJONG KARANG BERJAYA TARIK RAMAI ANAK MUDA

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Kelab Sukan Komuniti Tanjong Karang yang terdiri daripada Tn. Hj. Mohd Shahrizal Sangap selaku pengerusi, Sdr. Abdul Latif Abu Bakar, Tim.Pengerusi, Sdr. Samsul Kamal Sayuti, Tim. Pengerusi dan Sdr. Ayob Junior, Pengerusi Penyelaras Kejohanan dan Team Work Ayob Junior kerana telah berjaya menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ENDURANCE 1 MALAYSIA sempena Sambutan Tahun Baru 2013 dengan 128 penyertaan team-team dari selurus negeri di Malaysia yang berlangsung di Padang Futsal Batu Enam, Tanjong Karang, pada 31 Disember 2012 malam yang lalu.
 KEPUTUSAN KEJOHANAN 
Johan = Bertam Ulu FC
Naib Johan = Iswad FC
Ketiga = Nadiya FC
Keempat = Buluh Runcing FC
Pemain Terbaik = Sdr. Jamal dari Pasukan Bertam Ulu FC.
>>> GALERI GAMBAR <<<