Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 13, 2013

Tidak perlu beri Khalid peluang kedua - NOH

SHAH ALAM, 12 APRIL – Rakyat tidak perlu memberi peluang kedua kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana terlalu banyak kelemahan sepanjang lima tahun pentadbiran pakatan pembangkang itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid diberi peluang pada PRU12 lalu tetapi malangnya gagal menunaikan manifesto dengan alasan bahawa manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan.

"Kerajaan negeri juga gagal menyelesaikan isu air kerana lebih ghairah mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), sebaliknya menuding jari menyalahkan kerajaan pusat,” katanya ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang meminta rakyat memberi mandat sekali lagi kepada beliau untuk menerajui negeri itu pada penggal hadapan.

Ini kerana, kata Abdul Khalid, beliau berhasrat melaksanakan usaha pemberian saham air untuk rakyat di negeri ini selepas penyusunan semula industri air berjaya dilaksanakan.

Noh berkata, beliau hairan bagaimana Abdul Khalid mahu memberi saham air kepada rakyat sedangkan kerajaan negeri masih gagal mengambil alih Syabas dan tidak mampu menyelesaikan krisis air.

"Untuk memberi saham air kepada rakyat, kerajaan negeri perlu mengambil alih Syabas dengan konsep ‘willing buyer willing seller’ kerana syarikat itu disenaraikan di bursa dan kerajaan negeri mempunyai 30 peratus saham.

“Kerajaan pusat tidak ada halangan jika kerajaan negeri mahu ambil alih Syabas. Sebagai bekas tokoh korporat, saya yakin Abdul Khalid tahu prosedurnya. Masalahnya beliau hanya tahu cakap dan menyalahkan orang lain,” katanya.

Menyifatkan kenyataan Abdul Khalid itu sebagai retorik politik, Noh menasihati rakyat negeri ini agar tidak terpedaya sekali lagi dengan pujuk rayu dan janji manis pakatan pembangkang.

“Berbeza dengan BN, kami komited untuk melaksanakan setiap janji dalam manifesto seperti mana dilaungkan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa setiap janji akan ditepati,” katanya.

Noh berkata, beliau yakin sekiranya pakatan pembangkang terus diberi mandat bukan sahaja isu air tidak akan diselesaikan malah memburukkan lagi keadaan.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

No comments: