Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 20, 2013

Penamaan Calon Berjalan Lancar Di Tanjong Karang

BN PILIHAN KAMI... Perjalanan penamaan calon yang berlangsung di Tanjong Karang hari ini berjalan lancar dan aman dengan menyaksikan pertandingan 3 penjuru di P.095 Parlimen Tanjong Karang dan N.09 DUN Permatang, manakala di N.08 DUN Sungai Burong hanya 2 calon yang akan bertanding pada PRU Ke-13 5 Mei 2013 nanti.

Kesemua calon yang layak bertanding telah diumumkan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sahaja menerima kesemua borang pencalonan daripada calon-calon yang akan bertanding dan menutup pendaftaran kira-kira pada jam 10.00 pagi yang berlangsung di Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang, yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi.

Pertandingan 3 penjuru diantara Datuk Seri Noh Omar (BN), Mohd Rashdi Deraman (PAS) dan Masran Tamsi@Herman Tino (BEBAS) dengan menggunakan logo Bunga Raya, yang akan bertanding untuk kerusi P.095 Parlimen Tanjong Karang.

Manakala untuk kerusi N.09 DUN Permatang, juga turut akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru diantara Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak (BN), Yahya Sahri (PKR) dan Low Tan (BEBAS) dengan menggunakan logo kapal terbang.

Bagi kerusi N.08 DUN Permatang pula, pertandingan antara Dato' Shamsuddin Lias (BN) dan Mohd Judi Sarjo (PAS).

Majlis penamaan calon digamatkan lagi dengan laungan sokongan oleh penyokong parti yang bertanding, walaubagaimanapun dapat dilihat jumlah penyokong Barisan Nasional lebih ramai daripada penyokong pro Pakatan Rakyat.

Mungkinkah sambutan hambar oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini sebagai tanda protes terhadap calon parlimen mereka yang bukan daripada anak tempatan.???
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

No comments: