Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 21, 2013

MENJELANG PRU KE-13 - Sorakan gemuruh walau tak fahami bahasa Cina, Tamil

BN PILIHAN KAMI... Majlis pengenalan calon Parlimen Tanjong Karang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Sungai Burong dengan sorakan penyokong apabila Ketua MCA dan MIC bahagian menyampaikan ucapan yang telah berlangsung di Batu 4 Sungai Terap, Tanjong Karang, pada Khamis petang yang lepas (18/4/2013).

Manakan tidak, kedua-dua pemimpin setempat itu, Phua Boon Chon dan N.S Krishan memilih untuk berucap menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pengundi kaum Cina dan India yang hadir memahami ucapan mereka.

Majoriti penyokong Melayu bagaimanapun tetap memberi sorokan gemuruh kepada ucapan bersemangat itu biarpun mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

No comments: