Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, April 17, 2013

Jenazah ibu Noh Omar selamat disemadikan

TANJONG KARANG, 17 APRIL - Jenazah ibu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat darah tinggi selamat disemadikan hari ini.

Allahyarhamah Basah Din, 61, yang lebih mesra digelar `Mak Andak’ disemadikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Parit 2, Sungai Burong kira-kira pukul 10.45 pagi tadi selepas disembahyangkan di kediamannya di kampung yang sama kira-kira pukul 10 pagi ini.

Allahyarhamah Basah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buluh, dekat sini pada pukul 10 malam tadi setelah tidak sedarkan diri ketika di rumah anak bongsunya di Saujana Utama, Sungai Buloh.

No comments: