Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 16, 2013

600 petani Sekinchan terima bantuan 'TOUCH POINTS' Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL... Seramai 600 petani menerima bantuan 'TOUCH POINT' sempena 'Program Peningkatan Hasil Pertanian Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani', yang berlangsung di Dewan Dato' Hj Sumadi, Parit 7 Ban 1 1/2, Sg. Leman Sekinchan, pd jam 3.00 petang Jumaat lepas (12/3/2013).

Penyerahan bantuan dan perasmian program tersebut, telah di sempurnakan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Turut hadir pada program yang berlangsung, Dato' Hjh Noriah Kasnon, Pengerusi majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sungai Besar, merangkap Presiden Kehormat PPK Pasir Panjang,  Y.Bhg. Dato' Hj. Zainal Dahlan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Tn. Hj. Mardi Sukir, Pengerusi AJP PPK Pasir Panjang dan Sdr. Budiman Mohd Zohdi.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

No comments: