Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 30, 2013

TERKINI.!!! CALON N.09 PERMATANG YAHYA SAHRI DIKHIANATI ABANG SENDIRI???

Mohd Yahya Mat Sahri atau lebih dikenali sebagai Yahya Sahri Calon N.09 Permatang (PKR) amat terkejut apabila mengetahui sebuah Cawangan UMNO Penaja Pekan Ijok baru ditubuhkan yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Noh Omar bersama beberapa kepimpinan masyarakat di Pekan Ijok.

Sebenarnya perkara yang mengejutkan Yahya Sahri bukanlah penubuhan cawangan tersebut tetapi siapa yang menubuhkan cawangan tersebut.

Orang yang bertanggungjawab menubuhkan Cawangan Penaja UMNO itu adalah abang kandungnya sendiri iaitu Dr. Ramlan Mat Sahri yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi penaja bagi cawangan yang baru ditubuhkan itu.

Dr. Ramlan Mat Sahri berkata, penyertaan mereka ke dalam UMNO adalah kehendak sendiri ekoran tidak lagi yakin kepada pakatan pembangkang yang telah membawa banyak masalah kepada rakyat khususnya di kawasan Ijok.

Beliau yang juga bekas ahli PKR dan merupakan abang kepada calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, Mohd. Yahya Sahri, turut menyifatkan pakatan pembangkang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

Walaupun Yahya Sahri bertanding di kawasan lain tetapi tempias daripada tindakan abang kandungnya itu telah membuatkan pengundi di kawasan yang dia bertanding mula ragu dengan perjuangan yang dibawa olehnya.

Yahya Sahri dilihat sanggup memperjudikan nasib rakyat hanya kerana gila untuk berkuasa dan tamakkan wang ringgit.

"Peduli apa dengan nasib rakyat asalkan asalkan aku boleh buat apa saja dan aku boleh beli apa saja yang aku mahu", mungkin itu katanya dalam hati tanpa memperdulikan nasib dan musibah yang bakal melanda anak bangsa apabila dia menggadaikan maruah bangsanya itu.

Dr. Ramlan yang juga ahli PKR satu masa dulu kini sudah sedar dan kembali membawa obor perjuangan anak bangsa di kawasan Ijok dan sanggup menubuhkan cawangan demi perjuangan menumbangkan kerajaan Pakatan Haram yang zalim di Selangor.

Tahniah buat Dr. Mazlan kerana sedar dari mimpi dan Takziah buat Yahya Sahri kerana sanggup membodohkan diri memperjuangkan seorang gay untuk menjadi Perdana Menteri. [SUMBER]
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

PR Nak Turunkan Harga Minyak.??? Kerajaan Sudah Lama Buat Laaa.!!!

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) menurunkan harga minyak petrol dan diesel sebenarnya sudah lama dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk kepentingan golongan nelayan dan petani.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, perlaksanaan penurunan harga minyak diesel daripada RM1.80 seliter kepada RM1.25 seliter sudah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu untuk dimanfaatkan lebih 60,000 nelayan, sebaliknya PR masih gagal mengemukakan kadar pengurangan harga minyak yang dijanjikan mereka.

Sehubungan itu, Noh Omar mencabar Pakatan Rakyat(PR) mendedahkan harga baru bagi minyak petrol dan diesel seliter yang bakal diturunkan mereka sebagaimana terkandung dalam janji manifesto pakatan itu.

"Saya cabar mereka nyatakan harga baru petrol yang diturunkan supaya saya boleh buat 'kira-kira' sama ada janji yang sering dilaung-laungkan pemimpin PR relevan atau sekadar menipu rakyat.

"Kalau setakat umum hendak turun sahaja, Kementerian Pertanian das Asas Tani sudah lama turunkan harga minyak kepada RM0.55 sen seliter,"katanya pada sidang media pada majlis ramah mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan penduduk Tanjung Piandang, Bagan Serai, semalam.

Turut hadir calon BN Parlimen Parit Buntar, Mu'ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin, calon BN Dun Kuala Kurau, Mohd Salleh Md Disa dan calon BN Dun Titi Serong, Abu Bakar Md Ali.

Noh berkata, dengan kadar penurunan subsidi atau harga minyak diesel RM0.55 seliter kepada 60,000 nelayan di negara ini, kementeriannya menanggung perbelanjaan subsidi terbabit berjumlah RM600 juta sebelum ini untuk membantu meringankan beban golongan itu.

Menurutnya, angka itu sahaja sudah cukup besar untuk ditampung kerajaan dan pihaknya tidak melihat kemampuan PR membiayai kos pengurangan subsidi harga minyak untuk dinikmati oleh keseluruhan 28 juta rakyat negara ini.

"Pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.55 sen seliter untuk kegunaan 60,000 nelayan sahaja sudah menelan belanja RM600 juta.

"Sekiranya subsidi minyak diberikan kepada 28 juta rakyat Malaysia, kira berapa banyak kos pengurangan subsidi yang PR kena bayar dan semua ini membuktikan dakwaan manifesto PR membankrapkan negara adalah benar,"katanya.

Noh turut menggesa rakyat negara ini menolak PR yang sekadar pandai berjanji, berbanding kerajaan BN yang sentiasa menepati janji dalam memenuhi keperluan rakyat.

"Tahun lalu sahaja, sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan kementerian saya untuk membantu meningkatkan taraf hidup petani dan nelayan termasuk di Parlimen Parit Buntar.

"Justeru, saya harap rakyat membalas semula budi kerajaan BN dengan terus mengekalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin utama kita,"katanya.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Sunday, April 21, 2013

MENJELANG PRU KE-13 - Majlis Perlancaran Dan Pengenalan Calon Serta Jentera PRU13 Barisan Nasional

BN PILIHAN KAMI... Datuk Seri Noh Omar menghadiri 'Majlis Pelancaran Dan Pengenalan Calon Serta Jentera PRU13 Barisan Nasional' bagi Parlimen Tanjong Karang yang akan ditandinginya, DUN Sungai Burong mengekalkan Datuk Mohd. Samsudin Lias dan calon DUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang telah berlangsung di Batu 4 Sungai Terap, Tanjong Karang di sini, pada Khamis yang lepas (18/4/2013).

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran 6,000 masyarakat pelbagai kaum di kawasan Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

MENJELANG PRU KE-13 - Sorakan gemuruh walau tak fahami bahasa Cina, Tamil

BN PILIHAN KAMI... Majlis pengenalan calon Parlimen Tanjong Karang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Sungai Burong dengan sorakan penyokong apabila Ketua MCA dan MIC bahagian menyampaikan ucapan yang telah berlangsung di Batu 4 Sungai Terap, Tanjong Karang, pada Khamis petang yang lepas (18/4/2013).

Manakan tidak, kedua-dua pemimpin setempat itu, Phua Boon Chon dan N.S Krishan memilih untuk berucap menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pengundi kaum Cina dan India yang hadir memahami ucapan mereka.

Majoriti penyokong Melayu bagaimanapun tetap memberi sorokan gemuruh kepada ucapan bersemangat itu biarpun mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Saturday, April 20, 2013

Penamaan Calon Berjalan Lancar Di Tanjong Karang

BN PILIHAN KAMI... Perjalanan penamaan calon yang berlangsung di Tanjong Karang hari ini berjalan lancar dan aman dengan menyaksikan pertandingan 3 penjuru di P.095 Parlimen Tanjong Karang dan N.09 DUN Permatang, manakala di N.08 DUN Sungai Burong hanya 2 calon yang akan bertanding pada PRU Ke-13 5 Mei 2013 nanti.

Kesemua calon yang layak bertanding telah diumumkan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sahaja menerima kesemua borang pencalonan daripada calon-calon yang akan bertanding dan menutup pendaftaran kira-kira pada jam 10.00 pagi yang berlangsung di Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang, yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi.

Pertandingan 3 penjuru diantara Datuk Seri Noh Omar (BN), Mohd Rashdi Deraman (PAS) dan Masran Tamsi@Herman Tino (BEBAS) dengan menggunakan logo Bunga Raya, yang akan bertanding untuk kerusi P.095 Parlimen Tanjong Karang.

Manakala untuk kerusi N.09 DUN Permatang, juga turut akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru diantara Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak (BN), Yahya Sahri (PKR) dan Low Tan (BEBAS) dengan menggunakan logo kapal terbang.

Bagi kerusi N.08 DUN Permatang pula, pertandingan antara Dato' Shamsuddin Lias (BN) dan Mohd Judi Sarjo (PAS).

Majlis penamaan calon digamatkan lagi dengan laungan sokongan oleh penyokong parti yang bertanding, walaubagaimanapun dapat dilihat jumlah penyokong Barisan Nasional lebih ramai daripada penyokong pro Pakatan Rakyat.

Mungkinkah sambutan hambar oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ini sebagai tanda protes terhadap calon parlimen mereka yang bukan daripada anak tempatan.???
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Friday, April 19, 2013

PERLANCARAN MANIFESTO BN SELANGOR - Bertemakan Keamanan, Kestabilan & Kemakmuran

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto Barisan Nasional untuk Selangor bertemakan 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran' yang berlangsung di SACC MALL Shah Alam, pada malam Rabu yang lepas (17/4/2013).

Manifesto yang menjanjikan masa depan gemilang Selangor itu, menggariskan tujuh teras dan 56 aku janji kepada penduduk Selangor.
Berikut ialah Manifesto Barisan Nasional Selangor :

1. Masa Depan Lebih Cerah.

Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak.

Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.

Naiktaraf Taska KEMAS kepada PERMATA.

Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama.

Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang dinaikkan kerajaan pakatan pembangkang.

Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPR yang berdaftar dengan e-Kasih.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT.

Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar.

Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan.

Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin.

Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak.

2. Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang.

Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru.

Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar.

Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun.

Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL).

Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri.

Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan.

Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar.

Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor.

Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor.

Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga.

3. Meningkatkan Kualiti Kehidupan Yang Selamat Dan Sejahtera.

Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu - Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan).

Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.

Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.

Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah.

Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.

Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.

4. Perumahan Lebih Mampu Milik.

Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor.

Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000.

15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000.

Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri.

Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang.

Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR - perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri.

Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.

Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB.

Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.

Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.

5. Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing.

Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor

Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama.

Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda.

Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian.

Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia . Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli . Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor.

Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

6. Pengukuhan Institut Pendidikan Asas Masyarakat.

Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan

Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor.

Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500.

Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor 6. Selangor Lebih Progresif.

Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor.

Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub.

Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri.

Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana - RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan.

7. Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih.

Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu.

Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar.

Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian.

'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Wednesday, April 17, 2013

Jenazah ibu Noh Omar selamat disemadikan

TANJONG KARANG, 17 APRIL - Jenazah ibu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat darah tinggi selamat disemadikan hari ini.

Allahyarhamah Basah Din, 61, yang lebih mesra digelar `Mak Andak’ disemadikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Parit 2, Sungai Burong kira-kira pukul 10.45 pagi tadi selepas disembahyangkan di kediamannya di kampung yang sama kira-kira pukul 10 pagi ini.

Allahyarhamah Basah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buluh, dekat sini pada pukul 10 malam tadi setelah tidak sedarkan diri ketika di rumah anak bongsunya di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Tuesday, April 16, 2013

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA CALON P.095 PARLIMEN TANJUNG KARANG, N.08 DUN SUNGAI BURONG DAN N.09 PERMATANG

Syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Noh Omar, calon P095 Parlimen Tanjong Karang, Dato' Shamsuddin Lias, calon N.08 Dun Sungai Burong dan Tn. Hj. Sulaiman Abdul Razak, calon DUN Permatang, yang telah menerima watikah perlantikan sebagai Calon Barisan Nasional untuk PRU KE-13 disampaikan oleh Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung di Bangunan UMNO Selangor Shah Alam, pagi tadi Selasa (16/4/2013).

Datuk Seri Hj Noh Omar menerima surat perlantikan sebagai calon P095 Parlimen Tanjong Karang.

Dato' Mohd Shamsudin Lias menerima surat perlantikan sebagai calon N08 DUN Sungai Burong.

Tn Hj Sulaiman Abd Razak menerima surat perlantikan sebagai calon N09 DUN Permatang.

SENARAI CALON BARISAN NASIONAL SELANGOR

Berikut merupakan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Selangor yang telah diumumkan pada 16 April 2013.

P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin

P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi

P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu - Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 TANJUNG KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak

P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro

P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal

P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin

P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei

P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor

P.105 PETALING JAYA SELATAN
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang

P.106 PETALING JAYA UTARA
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim

P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan

P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
- Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin

P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya

P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
- Kapt (B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin

'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

1200 nelayan Parlimen Sungai Besar terima 'Elaun Sara Hidup'

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL... Nasib nelayan terus terbela, baru-baru ini seramai 1200 nelayan kawasan Parlimen Sungai Besar menerima bantuan 'TOUCH POINTS' Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia pada 'Majlis Penyampaian Bantuan 'TOUCH POINTS' Program Ramah Mesra 'MOA' Bersama Rakyat Selangor yang diadakan di Dewan XIAN FA SHI GONG, Bagan Sekinchan, pada jam 5.30 petang Jumaat lepas (12/4/2013).

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Turut bersama pada majlis itu, Dato' Hjh. Noriah Kasnon, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sungai Besar.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN'

600 petani Sekinchan terima bantuan 'TOUCH POINTS' Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL... Seramai 600 petani menerima bantuan 'TOUCH POINT' sempena 'Program Peningkatan Hasil Pertanian Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani', yang berlangsung di Dewan Dato' Hj Sumadi, Parit 7 Ban 1 1/2, Sg. Leman Sekinchan, pd jam 3.00 petang Jumaat lepas (12/3/2013).

Penyerahan bantuan dan perasmian program tersebut, telah di sempurnakan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Turut hadir pada program yang berlangsung, Dato' Hjh Noriah Kasnon, Pengerusi majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sungai Besar, merangkap Presiden Kehormat PPK Pasir Panjang,  Y.Bhg. Dato' Hj. Zainal Dahlan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Tn. Hj. Mardi Sukir, Pengerusi AJP PPK Pasir Panjang dan Sdr. Budiman Mohd Zohdi.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Saturday, April 13, 2013

Tidak perlu beri Khalid peluang kedua - NOH

SHAH ALAM, 12 APRIL – Rakyat tidak perlu memberi peluang kedua kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana terlalu banyak kelemahan sepanjang lima tahun pentadbiran pakatan pembangkang itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid diberi peluang pada PRU12 lalu tetapi malangnya gagal menunaikan manifesto dengan alasan bahawa manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan.

"Kerajaan negeri juga gagal menyelesaikan isu air kerana lebih ghairah mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), sebaliknya menuding jari menyalahkan kerajaan pusat,” katanya ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang meminta rakyat memberi mandat sekali lagi kepada beliau untuk menerajui negeri itu pada penggal hadapan.

Ini kerana, kata Abdul Khalid, beliau berhasrat melaksanakan usaha pemberian saham air untuk rakyat di negeri ini selepas penyusunan semula industri air berjaya dilaksanakan.

Noh berkata, beliau hairan bagaimana Abdul Khalid mahu memberi saham air kepada rakyat sedangkan kerajaan negeri masih gagal mengambil alih Syabas dan tidak mampu menyelesaikan krisis air.

"Untuk memberi saham air kepada rakyat, kerajaan negeri perlu mengambil alih Syabas dengan konsep ‘willing buyer willing seller’ kerana syarikat itu disenaraikan di bursa dan kerajaan negeri mempunyai 30 peratus saham.

“Kerajaan pusat tidak ada halangan jika kerajaan negeri mahu ambil alih Syabas. Sebagai bekas tokoh korporat, saya yakin Abdul Khalid tahu prosedurnya. Masalahnya beliau hanya tahu cakap dan menyalahkan orang lain,” katanya.

Menyifatkan kenyataan Abdul Khalid itu sebagai retorik politik, Noh menasihati rakyat negeri ini agar tidak terpedaya sekali lagi dengan pujuk rayu dan janji manis pakatan pembangkang.

“Berbeza dengan BN, kami komited untuk melaksanakan setiap janji dalam manifesto seperti mana dilaungkan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa setiap janji akan ditepati,” katanya.

Noh berkata, beliau yakin sekiranya pakatan pembangkang terus diberi mandat bukan sahaja isu air tidak akan diselesaikan malah memburukkan lagi keadaan.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Thursday, April 11, 2013

Jangan Jadi Batu Api, Utamakan Kemenangan BN

SHAH ALAM, 11 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengingatkan pemimpin akar umbi dan penyokong BN di negeri ini agar tidak menyemarakkan api ‘ketua’ masing-masing sekiranya tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) 5 Mei nanti.

Ujarnya, semua ahli BN perlu memfokuskan kepada kemenangan BN di Selangor, bukannya kejayaan ‘ketua’ mereka dicalonkan dalam PRU13.

“Saya merayu kepada pemimpin akar umbi, sekiranya ada ‘bos’ masing-masing tidak dicalonkan, kita harap jangan dicurahkan minyak, tetapi nasihatkan supaya keadaan ini reda.

“Kalau jentera BN berjalan baik di bawah satu pasukan, saya yakin penuh BN akan menang,” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed di sini Rabu.

Beliau mengakui mungkin akan ada penyokong yang kecewa sekiranya ‘ketua’ mereka tidak dicalonkan tetapi mereka mesti memberikan kata-kata positif demi kemenangan BN termasuk tidak memburukkan calon BN yang bakal bertanding.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak begitu banyak perubahan berlaku terutamanya sokongan kepada BN malah beliau tidak menafikan semua pihak terlibat.

“Setiap pemimpin BN di Selangor terlibat secara langsung untuk membangunkan semula BN di Selangor tetapi kita sedia maklum pemimpin yang layak, hebat dan banyak berkorban ini ramai tetapi yang jadi calon amat terhad.

“Ada kawasan perlu seorang sahaja calon tetapi ramai yang layak. Kerana itu saya minta jangan mempertikaikan calon yang dipilih dan jangan lihat calon, tetapi lambang BN kerana kita adakan pilihan raya untuk menubuhkan kerajaan (mengembalikan kuasa BN di Selangor),” katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau dan Mohd Zin mengadakan perjumpaan santai bersama 380 JKKKP seluruh Selangor serta memberikan taklimat mengenai isu semasa dan taklimat mengenai manifesto PRU13.

“Semua mahukan perubahan, untuk menjayakan harapan ini maka jentera pilihan raya ini mesti bekerja sebagai satu pasukan,salah satu caranya kita mesti menerima siapa juga calon. Kita tidak boleh nafikan dalam tempoh lima tahu kita lemah, lesu dan hilang kuasa, bukannya mudah untuk kita bangunkan semula semangat ini,” katanya.
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

TERIMA KASIH BN... Datuk Seri Noh Ziarah Pesakit Di Hospital Tanjong Karang

BERJIWA RAKYAT... Datuk Seri Noh Omar melawat dan menziarahi Pn Rozita Bt Md Din yang juga salah seorang ahli yang aktif dalam Skuad Sayang Wanita UMNO Parlimen Tanjong Karang kerana mengidap penyakit kaki yang serius di Hospital Tanjong Karang, pada 5/4/2013 JUMAAT petang yang lepas.

Datuk Seri Noh yang juga pemimpin tertnggi UMNO/Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang itu, turut berkesempatan melawat dan bertanya khabar setiap pesakit yang berada di hospital itu serta menyampaikan sumbangan keperluan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga mereka.

Turut sama dalam sessi lawatan dan ziarah itu, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang dan juga semua ahli Skuad Sayang UMNO Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

WALKABOUT - PDM Batu 7 & PDM Bagan Pasir, Tanjong Karang.

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL... Walkabout Datuk Seri Noh Omar.. melawat, ziarah dan beramah mesra warga emas dan pesakit terlantar di rumah serta menyampaikan sumbangan keperluan dapur bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka di tujuh buah rumah sekitar PDM Batu 7 dan PDM Bagan Pasir, Tanjong Karang, pada 5/4/2013 JUMAAT petang yang lepas.

Datuk Seri Noh, yang juga pemimpin tertinggi UMNO/Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang, turut berkesempatan singgah ke Bilik Gerakan UMNO Cawangan Bagan Pasir, bagi meninjau persediaan yang telah dibuat di bilik gerakan itu dalam menghadapi PRU-13 yang akan datang.  Beliau juga berkesempatan bertemu dengan orang ramai yang berada di situ bagi bertanya khabar dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Turut sama dalam siri Walkabout pada petang itu, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Tanjong Karang serta beberapa kepimpinan UMNO dan wakil komponen Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Datuk Seri Noh Omar menjadi ketua pasukan Veteran Tg karang Vs Skuad XSelangor

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT... Datuk Seri Noh Omar menjadi pemain hadapan dan juga menjadi ketua pasukan Veteran Tg Karang ketika perlawanan persahabatan  menentang Skuad XSelangor yang diadakan di Padang PLKP Sungai Kajang, Tanjong Karang, pada 31/3/2013 AHAD petang yang lalu.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, lapan biji bola yang ditandatangan oleh Datuk Seri Noh sebagai cenderahati telah diberikan kepada penonton bertuah yang datang menyaksikan perlawanan pada hari itu.

Turut hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang dan kepimpinan UMNO serta wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Wednesday, April 10, 2013

TERIMA KASIH BN... Datuk Seri Noh Omar rasmikan gelanggang PSSLM Cawangan Kg. Ampangan, Tanjong Karang

Majlis Perasmian Gelanggang Pertubuhan Silat Lincah Malaysia Cawangan Kg Ampangan, Tg Karang Kali Ke-1, yg akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tg Karang, dan disempurnakn oleh YM Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Hj Omardin Mauju (Pendekar Negara Malaysia Merangkap Mahaguru & Pengasas PSSLM).

Turut hadir sama, YB Dato' Samsudin Lias, ADUN Sg Burong, Dato' Habibah Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tg Karang dan Y.Bhg Datuk Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Hj Omar Din, Presiden PSSLM.

Majlis berlangsung di perkarangan Sdr Khir Ramli, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tg Karang, yg dijadikn Gelanggang PSSLM Kg Ampangan, Tg Karang di sini, pada 31/3/2013 yang lalu.
>>> GALERI GAMBAR <<<
'KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!'

Sunday, April 7, 2013

NOH OMAR BERSAMA 3000 MASYARAKAT INDIA DI TANAMARAM

MESRA PEMIMPIN... YB Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, bersama lebih 3000 masyarakat India di Majlis Ramah Mesra Komuniti anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berlangsung di kg Tanamaram, Tanjong Karang di sini, pada 30/3/2013 Sabtu malam yang lepas.

"Semenjak negara Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib, telah banyak perubahan yang dibuat untuk dinikmati oleh rakyat" Dato Seri Noh, yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.

Turut bersama pada majlis yang berlangsung, YB Sulaiman Abdul Razak, Adun Permatang, Datuk M. Krisnan, Ketua Bahagian MIC Tanjong Karang, Datuk Nik Ali Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM, Dato' Habibah Yusof, ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang dan Ketua Puteri UMNO Tanjong Karang serta Skuad Sayang Wanita UMNO Tanjong Karang.
"KAMI MENDENGAR.. YAKINI BN.!!!"

MAJLIS RAMAH MESRA YB DATUK SERI NOH BERSAMA RAKAN-RAKAN FACEBOOK

MESRA PEMIMPIN... YB Datuk Seri noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama facebooker pada 'Majlis Ramah Mesra YB Datuk Seri Noh Omar Bersama Rakan_Rakan Facebook' yang diadakan di Grand Ballroom Hotel D'Palma, Kuala Selangor, pada 30/3/2013 Sabtu yang lalu.

Turut hadir sama pada majlis itu, Dato' Habibah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjong Karang, Utz Khir Ramli, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tanjong Karang dan Pn. Salbiah Saari, Ketua Puteri UMNO Tanjong Karang serta kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong Karang.
"KAMI MENDENGAR... YAKINI BN.!!!"