Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, March 30, 2013

Pakatan Pembangkang resah dengan bantuan yang disalurkan BN

KUALA SELANGOR, 29 MAC - Bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan dan kerajaan pakatan pembangkang menggunakan pendekatan yang berbeza dan diibaratkan seperti ‘penyu dan ayam’ bertelur, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan telah memberikan pelbagai bantuan termasuk subsidi kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang malah disampaikan secara terus tanpa perlu mengadakan sebarang majlis yang diibaratkan sebagai ‘penyu dalam diam bertelur banyak’.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ia berbeza dengan sikap kerajaan pakatan pembangkang yang menghulurkan bantuan tetapi pada masa sama menghebahkan serta mengaku kepada rakyat kononnya mereka prihatin sedangkan bantuan yang diberikan ibarat ‘ayam telur sebiji riuh sekampung’.

“Budaya kita (kerajaan Persekutuan) selama ini beri macam-macam bantuan ibarat penyu duduk diam-diam tetapi bertelur banyak. Bukan seperti mereka (pembangkang) bagi sedikit riuhnya bukan main lagi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan baucar Karisma@Hati Rakyat kepada kira-kira 900 penerima di sini petang ini.

Justeru, Noh berkata, apabila kerajaan Persekutuan kini mengambil pendekatan memberi sumbangan kepada rakyat secara terbuka dan jelas, maka pembangkang sudah mula gelisah serta mula melemparkan banyak tuduhan kepada kerajaan persekutuan.
"BN MENANG, RAKYAT SENANG"

Wednesday, March 27, 2013

Beri Permit Teksi - Pembangkang Dibidas Cuba Menipu Rakyat

KUALA SELANGOR, 26 MAC - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas kenyataan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang menuduh pemberian permit teksi individu sebagai tindakan yang meniru dasar pembangkang.

Noh berkata beliau pernah memberi 3,000 permit teksi individu kepada pemandu teksi semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekitar 2008 dan 2009.

"Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang sampaikan permit itu. Bagaimana Rafizi boleh cakap Perdana Menteri ciplak idea, padahal mereka yang ciplak idea BN. Ini tuduhan yang kurang cerdik," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah kepada 282 pelajar cemerlang Parlimen Tanjong Karang di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Rafizi semalam yang mendakwa Perdana Menteri meniru dasar pembangkang dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Najib pada Ahad lepas mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu kepada pemandu teksi pada majlis Janji Ditepati-Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyerahkan permit individu pertama kepada 200 penerima.
"BN MENANG, RAKYAT SENANG"