Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, January 29, 2013

SEKITAR TAKLIMAT PDM DUN PERMATANG BERSAMA YB DATUK SERI NOH OMAR

BN percaya Pas akan akur desakan DAP

TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yakin Pas akan akur dengan desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu parti Islam itu tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui.

Menurutnya, Pas mungkin akan akur walaupun dalam keadaan terpaksa untuk menurut kesepakatan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan untuk bukan Islam.

“Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan ikut desakan itu kerana mahu pastikan Pas terus berada dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa membelakangkan prinsip perjuangan mereka.

“Saya lihat pemimpin Pas itu akan menurut desakan dan telunjuk Karpal walaupun sebelum ini keputusan Majlis Syura PAs jelas bertentangan dengan pendirian yang sudah disepakati.

“Hadi pastinya tidak berani menolak desakan itu kerana tanpa DAP, Pas tidak akan menang dalam Pilihan Raya Umum,” katanya ketika diminta mengulas isu Karpal Singh yang mendesak Pas kaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah ALLAH seperti yang disepakati bersama parti pembangkang lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang di sini, pada 20/01/2013 hari Ahad yang lalu.

Turut sama dalam program berlangsung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dato' Hj. Samsudin Bin Hj. Lias..

Dalam program itu, seramai 550 nelayan hadir menerima elaun RM200 dan membincangkan masalah berkaitan untuk tindakan lanjut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Noh yang juga menterinya berkata, setakat ini banyak bantuan disalurkan kepada nelayan termasuk bantuan baik pulih rumah dengan nilai maksimum RM10,000.
>>> GALERI GAMBAR <<<

Wednesday, January 23, 2013

Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat Mengenai Bantuan Kerajaan - Noh Omar

TANJONG KARANG - Pembangkang yang tidak senang dengan pelbagai bantuan disalur kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, akan sentiasa mencari helah untuk mengelirukan rakyat mengenai bantuan itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan itu kata beliau mereka yang menguruskan bantuan berkenaan mesti melaksanakannya sebaik mungkin bagi memastikan matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tercapai.

"Mereka akan buat macam-macam tuduhan seperti 'tangan kanan memberi, tangan kiri ambil semula', contohnya tuduhan kononnya kerajaan beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan pada masa sama laksana AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

"Tuduhan yang dibuat sangat tidak masuk akal," kata Noh yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor kepada wakil media selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Terap di sini, pada hari Jumaat yang lalu 18 Januari..

Turut sama dalam menyampaikan bantuan persekolahan tersebut, ADUN Permatang, Tuan Haji Sulaiman Bin Abdul Razak.

Menurut Noh, tuduhan lain termasuk berlaku kenaikan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) selepas kerajaan memberi bantuan RM100 kepada murid.
>>> GALERI GAMBAR <<<

Sunday, January 20, 2013

TERHANGAT.!!! PAS AKAN BERPECAH DARI PAKATAN ??

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

SANTAI ANAK MUDA TANJONG KARANG BERJAYA TARIK MINAT ANAK MUDA DAN ORANG RAMAI

>>> GALERI GAMBAR <<<

JANJI DITEPATI - WALKABOUT DS NOH OMAR DI PARIT 4 SUNGAI BURONG

>>> GALERI GAMBAR <<<

Monday, January 7, 2013

JANJI DITEPATI - Mesra Pemimpin Bersama Rakyat

TANJONG KARANG - Sentiasa mendekati dan prihatin terhadap rakyatnya... Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, beramah mesra dan ziarah ke beberapa buah rumah warga emas dan pesakit terlantar bagi bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan di sekitar Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang di sini, petang Jumaat lepas.

Turut bersama, Adun Permatang, Tn. Haji Sulaiman Abdul Razak, Skuad Sayang, beberapa kepimpinan pemuda dan Umno Bahagian Tanjong Karang serta diiringi JKKKP kampung.

Datuk Seri Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang turut berkesempatan melawat beberapa pengusaha IKS produk makanan sejuk beku dan kuih tradisional yang terdapat di kampung itu dan melihat sendiri produk yang dihasilkan.

Beliau juga telah membuat tinjauan sendiri ke kilang haram yang memberi masalah kepada pemduduk di sekitar kampung itu akibat daripada pencemaran asap proses pembakaran tayar terpakai. Walaupun sebelum ini beberapa aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dibuat oleh penduduk di situ, namun kilang tersebut masih menjalankan operasinya dan seolah-olah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh PBT.

Walaubagaimanapun ketika tinjauan oleh Datuk Seri Noh, kilang tersebut tidak menjalankan operasinya pada hari itu.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Asar berjemaah bersama penduduk di situ, beliau telah meneruskan sessi lawatannya ke Kampung Lubuk Jaya bagi beramah mesra dan ziarah serta menyampaikan sumbangan ke beberapa buah rumah penduduk di kampung itu,

Sunday, January 6, 2013

BERITA PANAS.!!! Rakyat Selangor terus jadi mangsa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat

TANJONG KARANG, 4 JAN - Barisan Nasional (BN) mengecam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor kerana dilihat gagal melaksanakan pentadbiran yang baik selain berterusan menyusahkan rakyat di negeri ini.

Terbaharu, BN negeri menerima aduan daripada 193 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya, di sini yang mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan negeri dalam soal pemberian geran tanah.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua mereka yang terlibat itu merupakan penerima tanah daripada kerajaan negeri yang mana permohonan mereka telah diluluskan ketika pentadbiran Selangor di bawah BN sebelum ini melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 80.9 hektar.

Katanya, tanah berstatus pertanian itu sebelum ini dipohon oleh penduduk kampung terbabit untuk menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit.

Menurutnya, penduduk yang terlibat telah pun memohon untuk mendapatkan geran tanah masing-masing pada 2004, malangnya sehingga hari ini tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka.

"Penduduk kampung yang terlibat ini juga membayar premium tanah mereka sejak 2008 kepada kerajaan negeri.

"Soalnya kenapa sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran tanah mereka. Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN atau pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya ketika mengadakan lawatan ke Kampung Seri Tiram Jaya di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan keadaan itu berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri menguruskan pentadbiran selain lebih mengutamakan soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Sementara itu, seorang pemilik tanah di kawasan terbabit, Mohd. Tahrir Mustar, 59, ketika ditemui menyatakan rasa kesalnya terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak berusaha menyelesaikan masalah dihadapi mereka sejak sekian lama.

Katanya, permohonan tanah itu adalah berdasarkan peraturan kerajaan negeri dengan pembayaran premium tanah RM356 bagi setiap 0.4 hektar telah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor.

"Kegagalan kerajaan negeri mengeluarkan geran memberi kesan kepada kami untuk mengusahakan aktiviti pertanian.

"Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukanlah tinggi. Kami harap kerajaan negeri dapat memahami masalah dihadapi kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh menyatakan isu tanah penduduk Kampung Seri Tiram Jaya itu merupakan sebahagian daripada rintihan rakyat di negeri ini ekoran sikap kerajaan negeri yang dilihat seperti suka 'bermain kuasa' untuk kepentingan politik semata-mata.

Keadaan itu katanya, sama seperti isu bekalan air bersih yang dihadapi rakyat negeri ini apabila kerajaan negeri sering kali menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan masalah dihadapi.

Tegasnya, beliau difahamkan, kerajaan negeri menerima peruntukan kira-kira RM300 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek mitigasi bagi menangani masalah bekalan air bersih di negeri ini.

"Bagaimanapun, masalah bekalan air bersih ini tidak juga dapat diselesaikan. Malah, apabila berlaku masalah tersebut, kerajaan negeri seperti biasa menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada gangguan bekalan air bersih dihadapi.

"Apakah kerajaan negeri merasakan tindakan tuding-menuding jari ini akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Selangor," katanya.

Warna-Warni Sambutan Tahun Baru 2013 Barisan Nasional Tanjong Karang

TANJONG KARANG - "Semoga hidup kita lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini..." Ucapan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, sempena 'Sambutan Malam Tahun Baru 2013' anjuran Barisan Nasional Tanjong Karang yang berlangsung di Dataran Astaka Tanjong Karang di sini, pada hari Rabu malam yang lalu.

Kira-kira lebih 2 ribu warga Parlimen Tanjong Karang yang hadir pada sambutan itu bagi meraikannya bersama-sama pemimpin mereka.

Pada sambutan itu, orang ramai berpeluang mendegar sessi ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui tayangan skrin dan beberapa persembahan daripada pelbagai kaum turut menghiburkan orang ramai,sementara menunggu pertunjukan bunga api pada detik 12 malam sebagai simbolik sambutan malam tahun baru.

Turut hadir Adun Permatang, YB Tn. Hj. Sulaiman Abdul Razak, wakil-wakil kepimpinan parti komponen Barisan Nasional Tanjong Karang dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Tanjong Karang.
>>> GALERI GAMBAR <<<

HANGAT.!!! KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ENDURANCE 1 MALAYSIA DI TANJONG KARANG BERJAYA TARIK RAMAI ANAK MUDA

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Kelab Sukan Komuniti Tanjong Karang yang terdiri daripada Tn. Hj. Mohd Shahrizal Sangap selaku pengerusi, Sdr. Abdul Latif Abu Bakar, Tim.Pengerusi, Sdr. Samsul Kamal Sayuti, Tim. Pengerusi dan Sdr. Ayob Junior, Pengerusi Penyelaras Kejohanan dan Team Work Ayob Junior kerana telah berjaya menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA ENDURANCE 1 MALAYSIA sempena Sambutan Tahun Baru 2013 dengan 128 penyertaan team-team dari selurus negeri di Malaysia yang berlangsung di Padang Futsal Batu Enam, Tanjong Karang, pada 31 Disember 2012 malam yang lalu.
 KEPUTUSAN KEJOHANAN 
Johan = Bertam Ulu FC
Naib Johan = Iswad FC
Ketiga = Nadiya FC
Keempat = Buluh Runcing FC
Pemain Terbaik = Sdr. Jamal dari Pasukan Bertam Ulu FC.
>>> GALERI GAMBAR <<<