Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, December 2, 2012

VIDEO.!!! BN Selangor Tidak Gentar Pilihan Raya Mac Depan, Rakyat Pun Tak Sabar – Noh

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar dengan pengumuman Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.

“Saya nak tegaskan kita tidak takut ….bila dia buat pun kita akan bersedia…. Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya. Insyaallah…Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.

“Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata…teori politik dengan praktikal tidak sama….dulu mereka tidak dirikan kerajaan, cakap macam-macam. Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.

“Banyak berpolitik…..Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian. Satu kerajaan pusat, satu kerajaan PKR. BN dengan PKR. Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat.

“Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan ‘federal’ ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti. Dia baru 4 tahun memerintah. Apa kajian yang dia buat. Dia hanya cakap dan tidak buat.

“Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka. Macam air di Selangor, apabila air tidak ada, siapa yang rugi…sebab peluang pekerjaan tertutup. Harga rumah akan naik abapila rumah tidak boleh buat. Orang bercakap soal air baru untuk bagi air bersih. Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air. Jadi dia tidak tahu yang mana ‘priority’,” katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.

Sumber - MediaUMNO

Adun Sungai Burong selar DAP bangkitkan isu tender benih padi

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lepas.

"Kenapa perlu dibangkitkan lagi di sidang dewan ini, sedangkan Menteri Pertanian telah memberi penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi.

"Mengapa pada waktu itu, wakil Anggota Parlimen daripada Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberi penjelasan berhubung isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN, Jumaat lepas.

Pada persidangan itu, Ng mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni dalam proses pemberian tender agihan benih padi.

Ng kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.

Mohd Shamsudin berkata dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan ia hanya muslihat politik kerajaan Selangor semata-mata.

"Jangan sensasikan isu ini...pihak Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani," tegas Mohd Shamsudin.

Pada 17 Okt lepas, Noh yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementeriannya, berkata pihaknya sentiasa memastikan benih padi yang dikeluarkan syarikat yang dilantik terjamin kualitinya.

Pada peringkat awal hanya lima syarikat penuhi kriteria selepas proses tender ditutup, namun untuk mengelakkan monopoli, kementerian membuka peluang kepada syarikat lain merayu, kata Noh.

Ng Sue Lim DAP kecut telur - Noh Omar sedia beri penjelasan isu tender benih padi

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia menjawab kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mendakwa kononnya tiada ketelusan dalam proses tender pembekalan benih padi oleh kementeriannya.

Noh berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta tarikh untuk beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Abdul Khalid serta semua anggota exco kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan tulis surat. Esok saya akan masuk pejabat, saya akan tulis immediately...mereka tak perlu tulis surat. Saya yang akan tulis surat terus saya nak berjumpa (untuk) memberi penerangan (hal) ini kepada semua Adun di Selangor," kataNYA Kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh sebulan akan diberi kepada Abdul Khalid untuk menjawab suratnya itu.

"Saya mohon kerajaan negeri untuk menerima kedatangan saya. Saya akan pergi ke mana-mana di Selangor untuk menjelaskan isu itu dan jika kerajaan negeri hanya mendiam diri elok sekiranya Khalid (Menteri Besar Selangor) meletak jawatan," katanya juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Baru-baru ini Adun Sekinchan, Ng Sue Lim mendakwa tender benih padi negara bernilai RM164.8 juta diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.

Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan itu dengan memperjelaskan bahawa mulai tahun ini, pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan di dalam akhbar.

Beliau berkata setiap permohonan dinilai oleh tiga jawatankuasa kementerian bagi memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih padi berkualiti dianugerahkan tender.