Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, November 19, 2012

Doa Pas hancur Islam - Noh Omar

SELAYANG – Doa Pas yang meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas solat Hajat sempena muktamar parti itu bermakna menghancurkan umat Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar berkata, berbeza dengan Umno, parti keramat Melayu itu tidak pernah meminta doa hancurkan Pas tetapi mendoakan perpaduan sesama Melayu dan Islam.

Menurutnya, pada masa ini, doa sudah dijadikan bahan kempen dan laungan seperti demonstrasi oleh parti Pas.

“Doa dibacakan pada muktamar tersebut adalah doa untuk menghancurkan umat sesama Islam. Saya berharap umat Melayu Islam dapat berfikir terhadap perjuangan Pas iaitu apakah perjuangan Pas masih memperjuangkan prinsip asal mereka,” katanya.

Noh berharap Pas tidak terlebih politik sehingga mahu menghancurkan agama dan bangsa.

KEJOHANAN STREET SOCCER DAPAT SAMBUTAN ANAK MUDA DI PARLIMEN TANJONG KARANG

TANJONG KARANG, 18 Nov - Kejohanan Street Soccer salah satu acara yang dipertandingkan sempena Himpunan Anak Muda Bermotor mendapat sambutan apabila menerima lebih 30 team anak muda sekitar Parlimen Tanjong Karang untuk menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini semalam.

Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh Omar, turut berkesempatan melawat dan menyaksikan kejohanan yang sedang berlangsung sambil beramah mesra dengan anak-anak muda yang berada di situ.

Beliau juga berharap agar kejohanan untuk anak-anak muda seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.

Johan kejuaraan tersebut telah menerima hadiah wang tunai RM300 berserta medal dan piala telah dimenangi oleh pasukan HTK Gemilang.

Manakala naib juara, daripada pasukan Kaki Bom A telah menerima hadiah wang tunai RM200 berserta medal. Pasukan yang mendapat tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100 beserta medal.

VIDEO.!!! Lagi skandal haram kerajaan regim MB Khalid - Noh Omar pertikai rancangan jual saham Worldwide RM150 juta?


Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menunjukkan borang pendaftaran syarikat firma yang tidak dinamakan di Tanjung Karang semalam.

TANJONG KARANG, 18 Okt - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual saham bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Beliau berkata dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual saham tersebut antara dua syarikat berkenaan.

Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu berkenaan telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

“Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).

Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang,” katanya dalam sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada saham tersebut akan dijual atau sebaliknya.

Ada berani kah MB Khalid mahu menjawapnya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat akan perkembangan seterusnya daripada beliau!

Sumber - oreoyabun