Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, November 18, 2012

Datuk Seri Noh Omar Bersama Anak Muda Di Tanjong Karang

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri (Dr) Haji Noh Bin Haji Omar, telah merasmikan program Himpunan Anak Muda Bermotor anjuran Kelab Warisan Tanjong Karang (KWTK) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Kuala Selangor, yang berlangsung di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini, semalam.

Sebelum itu, Datuk Seri Noh telah berkesempatan melawat kesemua gerai pameran dari pelbagai agensi dan menyaksikan acara-acara yang sedang berlangsung sambil beramah mesra dengan anak-anak muda dan orang ramai yang berada di situ.

Himpunan yang berlangsung selama dua hari itu, bermula kelmarin dan berakhir pada sabtu malam telah mendapat sambutan daripada anak-anak muda dan orang ramai yang menyertainya.

Antara aktiviti dan acara yang disediakan seperti perlawanan Sepak Takraw Peringkat Parlimen Tanjong Karang, Kejohanan Street Soccer, gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi.

Orang ramai yang datang di humpunan itu juga turut berpeluang menyaksikan persembahan dan beramah mersa dengan artis-artis terkenal tanahair Awie Wings dan Bandi Amuk.

Sekitar Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Parlimen Tanjong Karang

TANJUNG KARANG - Majlis Berkhatan Beramai-Ramai anjuran UMNO Bahagian Tanjong Karang mendapat sambutan dengan penyertaan ramai anak-anak dari sekitar kawasan Parlimen Tanjong Karang yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri (Dr) Haji Noh Bin Haji Omar, berlangsung di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Tanjong Karang di sini, semalam.

Ketika berucap pada majlis itu, Datuk Seri Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang telah menyatakan kesemua kos berkhatan untuk anak-anak tersebut akan ditanggung oleh beliau sendiri.

Turut bersama di majlis yang berlangsung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Yb Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, YB Dato' Haji Mohd Shamsudin Bin Lias.

Sebelum dikhatankan, kesemua anak-anak tersebut telah dibawa berarak oleh kumpulan motorsikal berkuasa tinggi dan mereka dimandikan oleh Datuk Seri Noh sendiri dengan menggunakan pili jentera Bomba.

GEMPAR.!!! 2000 ibu tunggal fail saman terhadap kerajaan Selangor

Hulu Langat - Kira-kira 2,000 ibu tunggal dijangka memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut elaun ibu tunggal seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Mortini Kasman, berkata pihaknya sudah melantik Tetuan Kamaruddin & Partners mewakili mereka untuk memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis ini. Kita akan memperjuangkan apa yang sudah dijanjikan. Kerajaan Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menepati janji pada pilihan raya lalu untuk memberi elaun kepada ibu tunggal, katanya selepas majlis Sepetang Bersama Ibu Tunggal di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang, di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

Mortini yang juga Naib Presiden Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, berkata pihaknya juga akan mengadakan satu demonstrasi 23 November ini di depan Bangunan SUK di Shah Alam bagi menuntut Khalid menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang turut hadir pada majlis berkenaan, meminta balu tentera supaya turut serta dalam demonstrasi terbabit Jumaat ini bagi menuntut elaun ibu tunggal.