Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, November 17, 2012

JANJI DITEPATI - Datuk Seri Noh beri sumbangan kepada keluarga mangsa banjir di Kg. Seri Makmur

BESTARI JAYA - Seramai 36 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Seri Makmur, di sini, yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai kampung berkenaan sejak Jumaat minggu lalu, lega apabila dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari semalam selepas banjir surut.

Penghulu Mukim Bestari Jaya, Hanis Zahari berkata, semua sembilan keluarga itu mula mengemas dan pulang ke rumah selepas pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya pusat penempatan banjir ditutup.

“Saya gembira kerana bencana banjir sudah berakhir dan memohon supaya penduduk berhati-hati ketika mahu membersihkan rumah mereka memandangkan rumah sudah ditinggalkan lebih seminggu dan risiko rumah dimasuki haiwan liar mungkin ada.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak membantu meringankan beban mangsa banjir sejak mula ditempatkan di sini,” katanya.

Mangsa banjir, Norzaharah Md Yamin, 29, berkata, dia lega dapat kembali ke rumah selepas seminggu hidup dalam keadaan tidak selesa di pusat penempatan banjir.

“Walaupun selepas ini terpaksa pula berhempas pulas mengemas rumah akibat banjir, saya tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga kami selamat,” katanya.

Mohd Jamsari Jamil, 38, berkata, rumahnya ditenggelami air sedalam hampir satu meter dan tidak sempat menyelamatkan banyak peralatan rumah.

“Pasti banyak peralatan rumah yang rosak. Air naik dengan cepat pada waktu malam dan kami tidak sempat melakukan apa-apa. Pastinya ini dugaan buat saya sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut meluangkan masa melawat mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan wang tunai untuk setiap keluarga yang terbabit. - Suzaini Sulaiman

JANJI DITEPATI - Ziarah dari rumah ke rumah, Datuk Seri Noh beri sumbangan kepada warga emas dan pesakit terlantar di Parit 3 Sungai Burong.

SUNGAI BURONG, 17 Nov - Pemimpin yang tidak lekang dibibir pengundinya sebagai pemimpin yang prihatin dan sentiasa mendekati rakyatnya, Datuk Seri (Dr) Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, telah menziarah warga emas dan pesakit terlantar di Kampung Parit 3, Ban 1 Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, petang semalam.

Ketika menziarah dari rumah ke rumah, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama JKKKP kampung tersebut dan Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang, turut berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh warga emas dan pesakit terlantar yang merupakan penduduk di kampung itu.

VIDEO PANAS.!!! MB Selangor Digesa Nafi Dakwaan Ambil Alih Tanah Yayasan Selangor Sebelum Mesyuarat Exco


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar menggesa Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan semula tanah Yayasan Selangor lebih awal sebelum mendapat kelulusan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Noh mendakwa pihaknya mempunyai bukti surat yang dihantar Menteri Besar bertarikh 22 Mac 2011 yang meminta Pengurus Besar Yayasan Selangor,Ilham Marzuki supaya menguruskan pengamblihan tanah tersebut kerana ia sudah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah.Mengulas lanjut,Noh yang juga Menteri Pertanian,Industri dan Asas Tani berkata,Abdul Khalid tidak langsung mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu.

Sumber - klpos