Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, November 12, 2012

JANJI DITEPATI - Sumbangan Deepavali Anjuran Barisan Nasional Parlimen Tanjong Karang

TANJONG KARANG, 12 Okt – Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang menyediakan sumbangan makanan kepada lebih 1500 keluarga masyarakat India sempena hari Deepavali yang akan disambut esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, YB Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak, telah menyerahkan sendiri dari rumah ke rumah sumbangan sempena hari Deepavali kepada 118 keluarga masyarakat India di Taman Perumahan Tennamaram, Batang Berjuntai, Tanjong Karang di sini, petang semalam.

Sumbangan sempena hari Deepavali oleh BN Parlimen Tanjong Karang melambangkan betapa kepimpinan BN menghargai setiap kaum dan bertujuan meringankan keluarga susah menyambut hari kebesaran agama masing-masing.

Beberapa kepimpinan parti komponen lain turut bersama ketika penyerahan sumbangan itu antara nya UMNO dan MIC.

Perlu usaha sendiri tingkat hasil padi - NOH OMAR

TANJONG KARANG, 8 Okt - Golongan petani terutama pesawah diminta meningkatkan usaha sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan dalam usaha meningkatkan hasil padi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun kerajaan memberi peruntukan berbilion ringgit untuk bidang pertanian sawah padi, tetapi ia masih tidak menjamin hasil padi dapat ditingkatkan jika ia tidak mendapat sokongan dan kerjasama petani sendiri.

“Jika ditambah dengan inisiatif sendiri, setiap hasil diperoleh turut diberikan insentif tambahan,” katanya kepada wakil media selepas merasmikan kempen Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) peringkat kebangsaan di Sungai Burong, di sini, hari ini.

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Dan Taska Permata KEMAS Parlimen Tanjong Karang 2012

SUNGAI BURONG, 8 Okt - Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, hari ini telah merasmikan Majlis Graduasi TABIKA Dan TASKA Permata KEMAS Parlimen Tanjong Karang, serta menyampaikan sijil kepada murid-murid daripada 37 TABIKA dan TASKA sekitar parlimen ini.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah memberikan peruntukan makanan kepada murid-murid TABIKA sebanyak RM1.80 sehari, RM100 setahun untuk setiap pelajar dan RM50 merupakan bantuan kepada pelajar miskin yang diberi dalam bentuk peralatan dan makanan.

Manakala Pra Sekolah, beliau memberitahu Kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi seluruh negara.

"Kerajaan BN bagi RM1.80 sehari untuk makan, RM100 setahun untuk setiap pelajar dan RM50 persiapan pelajar miskin untuk bantu dalam bentuk peralatan dan makanan.

"Untuk Pra Sekolah Kerajaan BN peruntukkan RM1.2 bilion untuk seluruh negara." Katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan sebanyak RM380 juta untuk pendapatan guru-guru Pra Sekolah, manakala geran RM10K pula di beri kepada TABIKA swasta.

"RM380 juta untuk pendapatan guru Pra Sekolah dan geran RM10K untuk pusat-pusat pendidikan TABIKA swasta." katanya.