Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, October 29, 2012

KAUM CINA KEKAL SOKONGAN TERHADAP KEPIMPINAN BN - Noh Omar Bersama Masyarakat Cina Di Majlis Makan Malam Pasir Penambang

PASIR PENAMBANG, 28 Okt - Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama lebih seribu masyarakat cina di majlis makan malam yang diadakan di tokong Pasir Penambang, Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut beliau telah berbesar hati untuk memberi sumbangan RM30K kepada tokong Pasir Penambang ini bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk masyarakat cina di sini.

Turut hadir di majlis makan malam ini, YB Tuan Haji Sulaiman Bin Abdul Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang turut memberi sumbangan sebanyak RM10K kepada tokong Pasir Penambang ini.

Noh Omar Bersama Masyarakat Cina Dalam Program 1Malaysia Bagan Sungai Kajang

TANJONG KARANG, 27 Okt - Datuk Seri Hj Noh, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama lebih seribu masyarakat kaum cina di Majlis 1Malaysia di Bagan Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, petang tadi.

Dalam majlis tersebut beliau menyampaikan sumbangan kepada 14 tokong di DUN Sg. Burong, serta meluluskan permohonan bot untuk mengangkut pelajar-pelajar sekolah bernilai RM50K. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di Bagan Sungai Kajang ini.