Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 16, 2012

Skim TAWAS gagal daftar 80 peratus kelahiran baru?

SHAH ALAM, 15 Okt - Skim TAWAS yang diperkenal oleh kerajaan negeri Selangor, sejak tahun 2008 gagal mendaftar lebih 80 peratus daripada kelahiran baru di negeri itu yang dijanjikan skim simpanan RM1,500.

Laporan terbaru Ketua Audit Negara mendedahkan TAWAS hanya berjaya mendaftar 60,972 daripada 313,706 kelahiran anak Selangor di antara tahun 2008 hingga 2011.

“Ini menunjukkan sebahagian besar daripada jumlah kelahiran yang dicatatkan tidak layak, tidak memohon atau tidak mengetahui mengenai TAWAS" menurut laporan itu.

“Liputan faedah program ini tidak menyeluruh iaitu hanya 19.4% anak kelahiran selangor telah diluluskan menjadi ahli TAWAS," menurut laporan itu yang diedarkan hari ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambri Buang berkata kerajaan Selangor membelanjakan RM588,391 untuk aktiviti promosi TAWAS namun pendaftaran kelahiran baru kurang 20 peratus.

Beliau juga menegur kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana gagal melaksanakan aktiviti pelaburan bagi pembiayaan pengurusan skim TAWAS yang dirancang sebelum ini.

Menurut laporan itu sijil simpanan tetap untuk ahli TAWAS juga lewat dikeluarkan manakala garis panduan atau 'Standard Operating Procedure (SOP) adalah tidak lengkap.

Kerajaan tidak pernah pinggirkan nelayan - NOH OMAR

KANGAR - Kerajaan tidak pernah meminggirkan nelayan dan mereka masih menerima elaun sara hidup RM200 sebulan sekalipun langkah tersebut sepatutnya berakhir pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pemberian elaun yang diperkenal pada 2008 itu juga bukan janji pilihan raya, sebaliknya usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan tersebut.

"Kerajaan melaksanakan perkara ini selepas pilihan raya umum 2008 dan ini bukan janji pilihan raya, sedangkan pembangkang yang menjanjikan pelbagai bantuan tidak banyak yang dapat ditunaikan," katanya.

Beliau berucap pada majlis majlis penyerahan elaun sara hidup nelayan Perlis Selatan, dekat sini malam tadi. Kira-kira 600 nelayan menerima bantuan itu.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan juga memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan membaiki rumah yang boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi diguna nelayan terbabit membaik pulih rumah mereka.

Sementara itu, dalam lawatan sehari ke Perlis, Noh mengadakan pertemuan dengan pesawah dan menyampaikan bantuan berjumlah RM4 juta kepada pesawah di Perlis yang diancam "padi angin" serta melawat rumah pam Bukit Kedak dekat sini.

Rumah pam bernilai RM7 juta itu berfungsi mengalirkan air dari empangan Timah Tasoh ke Kampung Semadong sejauh 13 kilometer bagi membolehkan 120 hektar sawah di kawasan berkenaan dapat ditanam padi dua kali setahun. - Bernama

HOT.!!! BLOGGERS & FACEBOOKERS DIBERI AMARAN KERAS!!!

KUANTAN, 15 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.

Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Ata Kesalahan Pilihan Raya yang melrang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.

Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.

"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.

Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.

Dalam taklimat itu, SPR turut mengadakan demonstrasi proses pengundian di tempat mengundi yang disaksikan oleh kira-kira 100 wakil dari parti politik dan media.

Bagaimanapun, proses itu terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil dari parti pembangkang terus mempersoalkan beberapa prosedur termasuk penggunaan pensil untuk menandakan nama-nama pengundi.- Bernama