Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, August 27, 2012

Kerajaan negeri Pakatan Khalid ‘ibarat tikus membaiki labu’ dan hanya merugikan rakyat - Noh Omar

TANJUNG KARANG, 25 OGOS - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dilihat tidak membuat sebarang usaha yang memanfaatkan kebajikan rakyat di negeri itu.

Menurut beliau, dalam apa jua isu sekalipun yang timbul di Selangor, jelas sumbangan dan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Parti Keadilan Rakyat ini sentiasa mengundang perasaan tidak puas hati rakyat.

“Dalam isu apa jua sekalipun, sumbangan dan pentadbiran kerajaan PKR memang sentiasa dalam keadaan yang tidak mendapat sokongan dan juga tidak puas hati rakyat.

“Contohnya pendidikan, apa sumbangan PKR dalam membangunkan pendidikan di Selangor? Dulu kita (BN) tubuh Yayasan Selangor, sekarang ia tak seperti dulu. Pinjaman juga sudah tiada. Dulu kita bagi. Ini lari daripada matlamat yayasan. Kita tubuh Unisel, kita lihat sekarang Unisel terus bermasalah,” tegas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Menurutnya lagi, sehingga kini beliau masih lagi menunggu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janjinya untuk mendedahkan maklumat akaun Unisel.

Khalid sebelum ini berjanji untuk mendedahkannya pada bulan Ogos.

“Unisel contohnya, pendapatan sewaktu mereka memerintah kos pengurusan cukup banyak, pendapatan kurang, itu sebab Unisel bermasalah. Kemudian sudahlah yayasan dia tak pandai urus, Unisel kelam kabut, UiTM cawangan Selangor yang mahu dibuat di Serendah juga ditolak.

“Jadi apa sumbangan kerajaan PKR dalam pendidikan untuk memajukan anak Selangor?” soal beliau.

Situasi yang menyelebungi kerajaan negeri Selangor ketika ini disifatkan Noh ‘ibarat tikus membaiki labu’ dan hanya merugikan rakyat di negeri itu.

“Jadi mereka ini ibarat tikus membaiki labu. Kita sudah bagi, dia ubah sana-sini yang akhirnya merosakkan.

“Kesannya kita lihat menyebabkan apa yang BN buat dahulu tiada kesinambungan dan merugikan rakyat Selangor,” ujar beliau. - Antarapos

VIDEO.!!! NOH OMAR TURUN KE LAUT JADI NELAYAN KHALID PERNAH TAK ?

Walaupun baru beberapa hari menyambut kemeriahan Aidilfitri Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Karang sempat turun padang ke kawasan nelayan di Pasir Penambang bagi merasai dan melihat sendiri bagaimana perit jerih menjadi sebagai seorang nelayan menangkap ikan serta mendengar keluhan mereka.

Tahniah pemimpin yang memahami denyutan nadi rakyat,berjiwa rakyat dan membela rakyat bukan macam pembangkang asyik menyalahkan sahaja kerajaan lebih banyak cakap dari membela rakyat.

NOH OMAR TUNJAL MUKA NG SUE LIM!!!

Isu kolam udang yang melibatkan Menteri Pertanian, Noh Omar yang dibangkitkan oleh Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan sebenarnya kurang mendapat perhatian daripada pecacai-pecacai Pakatan Rakyat yang menulis dalam Bahasa Melayu tetapi dalam Facebook yang berbahasa Cina serta beberapa buah forum seperti Low Yat, sambutan daripada kaum yang tidak tahu berbahasa Kebangsaan dan berbahasa Inggeris tunggang langgang, cukup hangat. Segala macam tohmahan diberikan kepada Noh Omar dan menjadikan Ng Sue Lim sebagai hero yang cukup hebat kerana berjaya mendedahkan satu lagi skandal dan penyelewengan kuasa.

Kalau ada sesiapa yang masih ingat, Ng Sue Lim adalah lelaki Cina yang telah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga pelajar Melayu tersebut hampir koma dan dia pula memandu dalam keadaan mabuk!

Sebelum ini juga, dialah orangnya yang menuduh bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo sebagai seorang penyeleweng yang telah mendapatkan sebuah banglo agam berharga RM24 juta dengan menggunakan kuasanya. Namun apabila perbicaraan dilakukan, nilai rumah agam berkenaan tidak lebih daripada RM6 juta, jauh tersasar berbanding tohmahan dan fitnah yang dilemparkannya.

Dan yang lebih penting, rumah tersebut dibeli dengan menggunakan pinjaman bank setelah mendapat harga penilaian daripada Jurunilai Bertauliah berstatus antarabangsa!

Sekarang, Ng Sue Lim cuba 'mengusik' Noh Omar pula dengan status tanah yang telah diperolehi pada 8 Mac 1995 iaitu sebelum Noh Omar menjadi wakil rakyat Tanjong Karang pada April 1995 lagi.

Projek udang yang dipertikaikan oleh Ng Sue Lim telah dimulakan pada tahun 1996 apabila tanah berkenaan disewakan kepada Syarikat Seri FUMA Sdn. Bhd tetapi tergendala kerana masalah tertentu. Hanya pada 5 Januari 2011, Syarikat Pristine Agrofood telah mengambilalih sewaan tanah tersebut dan dengan nilai sewaan RM25,200.00 setahun selama 10 tahun.

Ng Sue Lim dalam hal ini kelihatan amat sembrono dan kelihatan amat terdesak selepas skandal penyelewengan projek kondominium Sekinchan yang dibina tidak mengikut spesifikasi Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam didedahkan. Bahkan untuk membalas dendam kerana saman fitnah RM10 juta oleh Noh Omar kepadanya kerana menfitnah, menambahkan lagi hangit dan hangatnya jubor Ng Sue Lim.

Sudahlah terdesak dek Khir Toyo, nampaknya Ng Sue Lim terdesak pula oleh Noh Omar. Kedua-dua pemimpin UMNO yang seringkali dikhabarkan oleh DAP, tidak sebulu dan sependapat bahkan saling bertentangan antara satu sama lain, nampaknya 'bekerjasama' mengenakannya sedangkan para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat Selangor yang lain, kelihatan meminggirkan diri daripada Ng Sue Lim agar mereka tidak sama terkena getahnya.

Rakyat Berbilang Kaum Serbu Rumah Terbuka Aidilfitri DS Noh Omar

TANJUNG KARANG, 26 OGOS - Orang ramai khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Tanjung Karang dianggarkan lebih 15 ribu orang telah yang berkunjung ke Majlis Sabutan Aidilfitri Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan In dustri Asas Tani, yang diadakan di Padang Dewan Dato' Hormat Tanjung Karang disini.

Pada majlis tersebut para tetamu telah berpeluang beramah mesra dan melihat sendiri dari dekat Datuk Seri Hj Noh ditemubual secara langsung oleh Radio SelangorFM yang turut bersiaran langsung di majlis itu, semalam.

Berkonsepkan gerai makanan, pelbagai juadah tradisional dan moden disediakan untuk menjamu orang ramai dan penduduk setempat yang terdiri berbilang kaum dan peringkat.

Datuk Seri Hj Noh yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Karang ketika ditemui berkata, sambutan rumah terbukanya kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, ia jelas membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh hidup dengan aman dan harmoni hasil daripada usaha mengeratkan hubungan antara kaum yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

“Sambutan ini juga membuktikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional masih padu dan saya berharap mereka akan terus bersatu padu,” katanya.

Turut hadir bagi memeriahkan lagii majlis, ADUN Permatang, YB Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak, ADUN Sungai Burung, YB Dato Haji Shamsudin bin Haji Lias, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Khir bin Haji Ramli, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Pn. Salbiah Shaari serta pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.

>>>LAGI KOLEKSI GAMBAR<<<