Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, July 6, 2012

Perkhidmatan seks di Bandar Baru Bangi Selangor

SHAH ALAM – Nampaknya kegiatan rumah urut seperti sukar dibendung lagi di negeri ini walaupun sebelum ini Kerajaan Selangor mewar-warkan kononnya akan membanteras habis-habisan.

Buktinya Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mendedahkan wujudnya rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks di Bandar Baru Bangi.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata Bandar Baru Bangi ini sebelum ini satu kawasan yang suci namun hari ini, didapati sudah terdapat kedai (rumah urut) yang menawarkan perkhidmatan seks.

“Ini satu kejutan kepada masyarakat di Bangi yang kita tahu bahawa rata-rata masyarakat di sana orang Melayu, beragama Islam dan perkhidmatan seks di kedai tersebut sudah menjadi bualan orang ramai.

“Namun tiada apa-apa tindakan dari Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri untuk menutup atau menyita premis berkenaan. Saya rasa kalau Bandar Baru Bangi pun boleh wujud rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks dibuka dengan sewenang-wenangnya, tidak mustahil di kawasan lain, lebih banyak rumah urut sebegini dibuka dengan lebih mudah,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Serdang.

Jelas tegas beliau kerajaan negeri pimpinan Pakatan Pembangkang seperti menutup sebelah mata kewujudan rumah-rumah urut sebegini.

“Ahli Majlis sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap rumah kedai tersebut kerana perkara-perkara sebegini akan merosakkan minda dan sosial khususnya kepada anak-anak muda di kawasan Bangi ini”, katanya. - MediaUMNO

Depan Surau Jadi Tempat Pembuangan Sampah Di Puchong ??

Inilah hasil negeri kebajikan yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Masalah sampah yang kononnya boleh diselesaikan dengan pembelian 50 buah compactor ternyata satu cerita bohong yang cukup melampau.

Gambar yang anda saksikan kali ini adalah bukti bagaimana kononnya masalah sampah di Selangor yang berjaya di selesaikan dengan baik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sampah berlonggok dihadapan sebuah surau di Puchong Selangor.

Mengikut kata penduduk disekitar flat yang berdekatan, ada 2 rumah sampah yang disediakan di kawasan tersebut. Tetapi kontraktor yang melakukan kutipan sampah tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Ada masanya sehingga ulat-ulat sampah berjalan keluar dari rumah sampah yang disediakan.

Inilah masalah yang sinonim dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sampah adalah kesan sampingan yang dihadapi oleh masyarakat Selangor setelah memilih Pakatan Rakyat menjadi kerajaan mereka.